Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicBook Pro 14

(Ulasan) HONOR MagicBook Pro 14 – Laptop Premium Untuk Kerja Pejabat

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: HONOR MagicBook Pro 14

Wiser memberi HONOR MagicBook Pro 14 skor 7.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM4,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 13 Oktober 2025.

Produk HONOR MagicBook Pro 14
Skor Wiser 7.5/10
Harga (semasa ulasan) RM4,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 13 Oktober 2025

Kelebihan

  • Skrin sentuh OLED 14.6 inci
  • Rekaan moden bergaya
  • Bateri 12 jam
  • Sokong pengecasan pantas 100W

Kekurangan

  • GPU Intel Arc kurang berkuasa
  • Tidak sesuai untuk gaming
  • Harga premium

Beli di: Shopee

Keperluan terhadap komputer riba yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga bergaya dan pintar semakin meningkat.

Memahami keperluan ini, HONOR hadir dengan MagicBook Pro 14 yang menawarkan kombinasi prestasi mencukupi, reka bentuk nipis dan ringan serta dilengkapi ciri pintar berasaskan AI yang menjadikannya pilihan ideal untuk golongan profesional, pekerja pejabat dan pelajar.

HONOR MagicBook Pro 14

Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra 5 225H dengan sehingga 14 teras dan grafik Intel® Arc, komputer riba ini mampu menangani pelbagai tugasan serentak dengan lancar.

Dipadankan dengan RAM 32GB dan storan SSD 1TB, ia  menyampaikan kelajuan dan kapasiti yang mencukupi untuk kerja harian mahupun projek kreatif berskala besar.

HONOR MagicBook Pro 14
Untuk hiburan, kerja pejabat mahupun kreatif, MagicBook Pro 14 mampu menanganinya dengan baik.

Skrin sentuh OLED 3.1K 14.6 inci 

Sebenarnya, apa yang menjadikan MagicBook Pro 14 begitu menonjol adalah  paparan OLED 3.1K bersaiz 14.6 incnya yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Dengan Teknologi PWM 4320Hz Flicker-Free dan pensijilan TÜV menjadikan skrin ini mesra mata, sesuai untuk sesi kerja atau pembelajaran yang panjang.

HONOR MagicBook Pro 14
Skrin OLED 3.1K bersaiz 14.6 inci HONOR MagicBook Pro 14 menghasilkan visual yang terang, tajam dan sangat menyenangkan mata serta responsif.

Ringan, bateri tahan 12 jam

Selain itu, komputer riba ini hanya seberat sekitar 1.39kg dan dilengkapi bateri besar 92Wh yang mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan dunia sebenar.

Sokongan sengecasan pantas 100W bukan sahaja mengisi semula bateri dengan cepat, malah boleh digunakan untuk mengecas telefon dan tablet HONOR lain melalui pengecasan berbalik sehingga 60W.

HONOR MagicBook Pro 14
HONOR MagicBook Pro 14 direka nipis dan bergaya, sesuai untuk kerja di pejabat mahupun tugasan luar.

Tapi…

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipertimbangkan. Antara perkara yang mungkin menjadi isu adalah harga  yang ditawarkan.

HONOR MagicBook Pro 14 ditawar pada harga premium iaitu RM4,999.

Jadi, ia mungkin menjadi halangan bagi pelajar atau pengguna yang mahukan sebuah laptop berprestasi tapi pada masa yang sama mampu dimiliki.

Selain itu, kad grafik Intel Arc tidak didapati tidak cukup untuk memainkan game  yang memerlukan kuasa lebih tinggi.

Ini menjadikan komputer riba ini kurang sesuai untuk gamer tegar atau pereka grafik profesional yang memerlukan GPU khusus.

HONOR MagicBook Pro 14
Ini bukan laptop yang sesuai untuk gaming.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, HONOR MagicBook Pro 14 ialah pilihan tepat bagi mereka yang mencari komputer riba berprestasi dengan ciri pintar dan reka bentuk moden dan bergaya.

Ia sesuai untuk profesional kreatif, pelajar universiti, usahawan digital dan pengguna yang selalu travel dan mahukan sebuah peranti mudah alih ringan tapi dengan saiz skrin yang cukup besar serta bateri tahan lama.

Tambahan pula, skrin OLED dengan ciri sentuhnya menjadikan HONOR MagicBook Pro 14 sukar untuk tidak disenaraikan antara komputer riba yang patut anda beli.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Vivobook S14 - Masalah Laptop Ni Sepatutnya Boleh Dielakkan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • ASUS ExpertBook PM3 - Laptop AI Paling Tahan Lasak Dipacu AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY