Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ExpertBook PM3

ASUS ExpertBook PM3 – Laptop AI Paling Tahan Lasak Dipacu AMD

Diterbitkan September 25, 2025 · Dikemas kini Oktober 28, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS ExpertBook PM3

Wiser memberi ASUS ExpertBook PM3 skor 9/10. Harganya di Malaysia ialah RM5,199 semasa ulasan ini diterbitkan pada 25 September 2025.

Produk ASUS ExpertBook PM3
Skor Wiser 9/10
Harga (semasa ulasan) RM5,199
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 25 September 2025

Kelebihan

  • Sangat tahan lasak
  • Mudah diservis dan naik taraf perkakasan
  • Jaminan bateri 3 tahun
  • Skrin anti silau
  • Rosak disebabkan air termasuk dalam waranti

Kekurangan

  • Agak berat
  • Rupa kurang menarik

Beli di: Shopee

ASUS hari ini telah melancarkan model terbaru komputer riba ExpertBook PM3 yang mana ia merupakan laptop AI pertama dipacu pemproses AMD Ryzen™ AI.

Malah apa yang menjadikannya lebih menarik adalah ini mungkin laptop komersial pertama yang direka khas untuk pengguna umum dengan ketahanan luar biasa.

ASUS ExpertBook PM3
ASUS ExpertBook PM3 dipacu AMD Ryzen™AI, menyokong sehingga 64GB DDR5 RAM dan 2 storan SSD M.2 NVMe PCIe 4.0.

Tahan lasak

Tahan lasak di sini bukan sekadar tahan debu dan air, ASUS mungkin sudah agak melampau menetapkan standard laptop tahan lasak untuk pengguna umum.

Manakan tidak, ExpertBook PM3 ini mampu menyokong berat lebih 100kg.

Bukan setakat itu, ia juga tahan air serta paparan yang tahan ditindih walau ada terselit pen atau pensil antara skrin dan papan kekunci yang mana ia antara insiden yang kerap berlaku kepada pengguna.

Tidak terhenti di situ ASUS menaikkan standard tahan lasak laptop dengan menguatkan port sambungan peranti ini.

Membolehkan port laptop ini mampu menampung berat sehingga 8kg.

ASUS ExpertBook PM3
Salah seorang hadirin menguji sendiri ketahanan laptop ini dengan memijak dan berdiri di atasnya.
ASUS ExpertBook PM3
Demonstrasi menuang air ke atas laptop tersebut.
ASUS ExpertBook PM3
ExpertBook PM3 lulus 24 ujian ketenteraan lebih tinggi berbanding pesaing lain ketika ini.
WhatsApp Image 2025-09-25 at 15.47.09
Anda boleh lihat port laptop ini diperkuat dengan plat logam yang mampu menahan tekanan sehingga 8kg.

Dari segi prestasi, PM3 menonjol dengan kuasa AI sehingga 50 TOPS dan keupayaan CPU stabil pada 45W TDP tanpa masalah haba.

Dimuatkan dengan bateri 70Wh 4-sel, ia membolehkan penggunaan sehingga 13 jam tanpa pengecas, sesuai untuk gaya kerja mudah alih.

Tambahan pula, pengecasan pantas ke 60% hanya dalam 49 minit menjadikan PM3 pilihan ideal untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

ASUS ExpertBook PM3
ExpertBook PM3 dilengkapi port HDMI 2.1, LAN RJ45, dua USB-A, audio jack dan slot keselamatan Kensington. Juga terdapat dua port USB-C Gen 2 yang menyokong pengecasan penuh 5V–20V dan pemindahan data 10Gbps, membolehkan pengecasan melalui power bank atau pengecas kapal terbang.

Jaminan bateri 3 tahun

Bercakap tentang bateri laptop ExpertBook PM3 ini, ia agak mengejutkan kerana ASUS menawarkan jaminan bateri selama 3 tahun.

Malah ASUS menyatakan bahawa pengguna boleh menukarkan bateri laptop ini setiap tahun dalam tempoh itu.

Bermakna, anda boleh tukar bateri laptop ini sebanyak 3 kali pada setiap tahun secara percuma.

ASUS ExpertBook PM3
ASUS ExpertBook PM3 menggunakan skrin 16 inci WUXGA (1920 x 1200) anti silau.

Mudah servis dan naik taraf

Akhir sekali, ExpertBook PM3 direka untuk kemudahan servis dan naik taraf. ASUS sememangnya amat memahami kehendak pengguna yang mahukan sebuah peranti mudah dinaik taraf dan diservis.

Bahagian bawah laptop ini boleh dibuka membolehkan pengguna menukar bateri, RAM, SSD atau kad Wi-Fi dengan mudah.

Bukan itu sahaja, proses menukar bateri juga amat mudah kerana ASUS tidak menguncinya dengan skru.

Sebaliknya menggunakan mekanisme kunci yang direka khas memudahkan pengguna menolak keluar bateri tanpa susah payah.

ASUS ExpertBook PM3
Rupa bahagian dalam laptop ASUS kini direka dengan lebih kemas yang memudahkan perkakasan dalamnya dinaik taraf.
ASUS ExpertBook PM3
Bateri mudah dibuka dari ruang letaknya.
ASUS ExpertBook PM3
Penutup bawah laptop ini dilengkapi penapis yang menyukarkan habuk halus memasuki ke dalam.
WhatsApp Image 2025-09-25 at 16.16.56
Skru direka supaya tidak mudah tanggal. Jadi, tiada lagi skru hilang setelah dibuka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ASUS ExpertBook PM3 ialah laptop AI profesional yang lengkap — tahan lasak, berprestasi, mudah diselenggara dan dilengkapi ciri AI yang memenuhi keperluan pengguna masa kini.

ASUS ExpertBook PM3 dengan cip AMD Ryzen AI ini kini ditawar di Malaysia dengan harga bermula RM5,199.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Vivobook S14 - Masalah Laptop Ni Sepatutnya Boleh Dielakkan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY