Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivobook S14 5

(Ulasan) ASUS Vivobook S14 – Masalah Laptop Ni Sepatutnya Boleh Dielakkan

Diterbitkan Julai 15, 2025 · Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Vivobook S14

Wiser memberi ASUS Vivobook S14 skor 5/10. Harganya di Malaysia ialah RM3,199 semasa ulasan ini diterbitkan pada 15 Julai 2025.

Produk ASUS Vivobook S14
Skor Wiser 5/10
Harga (semasa ulasan) RM3,199
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 15 Julai 2025

Kelebihan

  • Storan besar
  • Harga mampu milik
  • Skrin anti silau

Kekurangan

  • Papan kekunci sukar dilihat
  • Trackpad menjengkelkan
  • Salutan metalik mudah calar dan comot

Beli di: Shopee · Lazada

Pada Mei lepas, ASUS Malaysia telah pun melancarkan model komputer riba terbaru bagi siri Vivobook S14 dengan menampilkan pilihan pemproses Ultra 7 atau Intel Core i5.

Penulis telah berpeluang menguji model Vivobook S14 dengan Intel Core Ultra 7 dan ini dapatannya.

Trackpad dan keyboard menjengkelkan

Sepanjang menguji laptop ini hampir sebulan lamanya, pengalaman menggunakannya tidak menyeronokkan.

Isu ini berpunca daripada trackpad yang kurang lancar. Menggunakan semua ciri untuk mengawal tetikus menggunakan trackpad laptop ini begitu mengecewakan.

Satu lagi isu yang amat menjengkelkan adalah papan kekunci yang sama warnanya dengan bahagian atas papan kekunci yang berwarna perak.

Memang sangat sukar dilihat terutamanya bila di bawah cahaya terang.

Vivobook S14
Kenapalah tidak diwarnakan hitam sahaja papan kekunci seperti model Vivobook S16. Selesai masalah.

Mudah comot/calar balar

Entahlah di mana silapnya, model Vivobook S14 ini mudah “tercedera”. Calar balar mudah terjadi dan kesannya sangat jelas kelihatan.

Jadi, kalau korang pengguna yang lasak, laptop ini sangat tidak sesuai dengan korang.

Vivobook S14 1
Diselaputi warna metalik menampakkan gaya premium, tapi sangat mudah calar memerelukan ia dilayan dengan berhati-hati.

Prestasi tidak mengecewakan

ASUS dilihat cuba menawarkan sebuah laptop mampu milik tapi berprestasi.

Mungkin sebab itulah mereka menyumbatkan Vivobook S14 dengan Intel Core Ultra 7 yang dipertingkat (Series 2) dengan RAM DDR5 16 GB serta storan besar 1TB.

Baterinya pula mampu menawarkan operasi sekitar 6 hingga 7 jam, tapi dengan mengaktifkan ciri penjimatan bateri dalam sistem Windows 11, Vivobook S14 mampu memberikan sehingga 8 jam.

Apa pun, prestasi keseluruhan Vivobook S14 tidak mengecewakan walaupun berprestasi sederhana.

Vivobook S14 4

Kesimpulan

Apa yang penulis dapat simpulkan adalah, Vivobook S14 menawarkan prestasi pada harga bajet.

Storan besar, skrin anti silau dan engsel yang memudahkan skrin laptop diangkat dengan sebelah tangan menjadi daya tarikan.

Vivobook S14 2
Vivobook S14 3

Tapi, pengalaman sepanjang menggunakannya yang kurang menyeronokkan menyebabkan penulis terpaksa cadangkan kepada korang untuk cuba melihat model laptop yang lain dahulu untuk range harga yang sama.

Bagi merasai sendiri pengalaman bersama Vivobook S14 ini, korang bolehlah kunjungi kedai ASUS terdekat di seluruh Malaysia.

ASUS Vivobook S14 yang sudah tersedia sejak Mei lalu dijual pada harga bermula RM3,199 (Intel Core i5) dan RM4,099 (Intel Core Ultra).

Ketahui lebih lanjut spesifikasi laptop ini dengan layari ASUS Vivobook S14 (S3407)|Laptops For Home|ASUS Malaysia

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook A14 - Laptop Seringan 'Bulu Ayam', Termurah Dalam Kelasnya
  • (Ulasan) HP Omen Transcend 14 - Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY