Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook S 14 (UX5406)

(Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406) – ‘Laptop’ Premium Yang Elegan Untuk Produktiviti Harian

Diterbitkan Disember 24, 2024 · Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Zenbook S14 (UX5406)

Wiser memberi ASUS Zenbook S14 (UX5406) skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM6,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 24 Disember 2024.

Produk ASUS Zenbook S14 (UX5406)
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM6,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 24 Disember 2024

Kelebihan

  • Ringan
  • Nipis
  • Bateri tahan sangat lama
  • Berprestasi
  • Rekaan premium dan menarik
  • Pengecas mini

Kekurangan

  • Pengecas boleh jadi sangat panas terutamanya apabila komputer riba ini dicas sambil digunakan
  • Tak semua mampu milikinya

Beli di: Shopee · Lazada

Menjelang ketibaan tahun 2025, ASUS Malaysia telah pun melancarkan model terbaru komputer riba untuk pasaran tempatan iaitu ASUS Zenbook S14 (UX5406).

Zenbook adalah siri komputer riba premium dari ASUS dan untuk model terbaru ini, ASUS menaik taraf perkakasannya dengan perkakasan terkini yang lebih berkuasa.

Intel Core Ultra 7 (Series 2)

ASUS Zenbook S14 terbaru ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 7 (Series 2) “Lunar Lake” yang cukup berkuasa. Dipadankan dengan kapasiti RAM dan storan yang besar, menjadikan ia sesuai untuk pelbagai produktiviti harian sama ada kerja pejabat, platform hiburan mahupun permainan.

ASUS Zenbook S 14 (UX5406)
Dipacu cip Intel terbaru yang berkuasa mengupayakan ASUS Zenbook S14 menjalankan multi tugas serentak tanpa sebarang isu.

Bateri seharian lamanya

Jangan bimbang dengan ketahanan masa operasinya kerana, ASUS Zenbook S14 mampu beroperasi seharian lamanya.

Malah anda juga tidak perlu bimbang dengan isu prestasi kerana penggunaan kuasa bateri dan pretasi diseimbangkan dengan begitu baik. Hasil daripada penggunaan tenaga rendah Intel Core Ultra 7 (Series 2) serta sistem penyejukkan komputer riba ini.

Jadi, secara realistiknya, bekerja sekitar 10 sehingga 18 jam bersama komputer riba ini cukup lancar tanpa perlu bimbangkan isu bateri ketika berkerja dengan sambil-sambil itu bermain dan menonton video dari platform penstriman.

ASUS Zenbook S 14 (UX5406)
Jangan lupa, terdapat juga pilihan mod kuasa di dalam tetapan Windows 11 yang dapat disesuaikan mengikut gaya penggunaan anda.

Binaan premium dan kemas

Kualiti binaan produk ASUS tidak perlu dipertikaikan lagi kerana kemasan binaan serta material yang digunakan adalah bermutu serta premium.

Hadir dalam rekaan yang menarik, ringan dan nipis, menyerlahkan ASUS Zenbook S14 sebagai antara komputer riba premium terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

ASUS Zenbook S 14 (UX5406)
Kualiti audio dari pembesar komputer riba ini tidak mengecawakan dan cukup memadai untuk melayan cerita dan muzik kegemaran anda.
ASUS Zenbook S 14 (UX5406)
Pengecas juga kini lebih kecil dan lebih mudah dibawa. Cuma apabila dicas, pengecas ini terasa sangat panas.

Harga tak murah

Sudah tentulah, sebagai sebuah komputer riba premium dan berprestasi, harga jualan yang ditawarkan tidaklah murah.

Pada harga asas bermula dari RM6,999, ASUS Zenbook S14 (UX5406) adalah untuk mereka yang berkerjaya yang mahukan sebuah komputer riba dipercayai tetapi pada masa yang sama cukup bergaya dan nampak elegan.

ASUS Zenbook S14 (UX5406)
ASUS Zenbook S14 terbaru ini dilengkapi skrin OLED 3K (2880 x 1800) 14″ dengan kadar segar 120 Hz. yang kejelasannya cukup mengkagumkan dibantu dengan bingkai yang nipis. Juga, terima kasih ASUS kerana tidak jadikannya skrin sentuh.

Layari laman rasmi ASUS Malaysia untuk melihat spesifikasi penuh ASUS Zenbook S14 (UX5406) serta barisan produk lainnya.

Berkaitan

  • Ulasan ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) - Skrin Dah 'Power', Tapi Prestasi Windows 11 Pula Mengganggu
  • (Ulasan) ASUS Vivobook S15 OLED Snapdragon - 'Laptop' Dengan Bateri 18 Jam
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY