Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook S16 OLED

Ulasan ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) – Skrin Dah ‘Power’, Tapi Prestasi Windows 11 Pula Mengganggu

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 13, 2024 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Vivobook S16 OLED (M5606)

Wiser memberi ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) skor 8.8/10. Harganya di Malaysia ialah RM4,599 semasa ulasan ini diterbitkan pada 12 Julai 2024.

Produk ASUS Vivobook S16 OLED (M5606)
Skor Wiser 8.8/10
Harga (semasa ulasan) RM4,599
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 12 Julai 2024

Kelebihan

  • Skrin OLED besar, terang dan jelas
  • Cas pantas
  • Speaker harman/kardon
  • Port banyak
  • Papan kekunci 'vibe gaming'

Kekurangan

  • Bateri kurang memberangsangkan
  • Trackpad tak lancar
  • Binaan kurang premium

Beli di: Shopee · Lazada

ASUS telah pun mula menawarkan komputer riba Vivobook S 16 OLED (M5606) baharu untuk pasaran Malaysia.

Dipacu oleh cip pemproses AMD Ryzen™ 7 8845HS 3.8GHz dengan ciri AMD Ryzen™ AI (38 TOPs) dengan kuasa grafik dari AMD Radeon™ Graphics, ia disepadukan bersama RAM 16GB LPDDR5X serta storan pantas M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 SSD bersaiz 512GB.

Untuk paparan pula, pastinya ia menggunakan skrin OLED 3.2K bersaiz 16 inci yang “marvellous” dengan kadar segar 120Hz dan kecerahan setinggi 600nits.

ASUS Vivobook S16 OLED

Spesifikasi

[specs]

Sistem operasi Windows 11 Home

CPU AMD Ryzen™ 7 8845HS dengan AMD Ryzen™ AI

Grafik AMD Radeon™ Graphics

Paparan 16.0″, 3.2K (3200 x 2000) OLED, kadar segar 120Hz, kecerahan puncak HDR 600nits, VESA CERTIFIED Display HDR True Black 500

Memori RAM16GB LPDDR5X

Storan 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 SSD

Audio harman/kardon dengan Dolby Atmos

Pengecas TYPE-C, 90W

Berat 1.50 kg

[/specs]

Kelebihan

Yang menjadi penarik utama komputer riba ASUS Vivobook S 16 OLED ini sudah tentunya paparan OLED 16 incinya.

Malah ia menerima pengesahan VESA Certified DisplayHDR True Black 500 yang merupakan standard terbuka untuk kualiti dan prestasi HDR di mana hanya paparan yang memenuhi semua spesifikasi boleh membawa logo DisplayHDR.

Penarafan ini sekali gus menjadikan skrin ASUS Vivobook S 16 OLED mewakili tahap prestasi yang boleh dilihat berkaitan dengan aplikasi dan senario penggunaan tertentu.

ASUS Vivobook S16 OLED
Bermain, menonton video, mahupun mencipta kandungan, skrin ASUS Vivobook S 16 OLED ini memaparkan visual berkualiti, terang dan jelas, sesuai untuk pelbagai penggunaan.

Kelebihan lain yang menjadi daya penarik kepada Vivobook S 16 OLED adalah ciri lampu RGB papan kekunci yang memberi ‘vibe‘ gaming, ciri AI Copilot, bateri dengan sokongan pengecasan pantas 90W dan tersedia dengan port untuk sambungan pelbagai peranti.

ASUS Vivobook S 16 OLED
Hadir dalam reka bentuk yang nipis dan ringan, tapi ASUS Vivobook S 16 OLED lengkap dengan pelbagai port  serta ada slot pembaca kad storan Micro SD.

Kekurangan

Sebenarnya, ASUS Vivobook S 16 OLED dipacu oleh cip pemprosesan yang masih baharu, iaitu AMD Ryzen™ 7 8845HS yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang.

Ia sememangnya menyokong permainan komputer yang boleh dimain dengan lancar. Tambahan pula cip grafik AMD Radeon™ Graphics menambahkan lagi kuasa grafik  komputer riba ini.

ASUS Vivobook S16 OLED

Menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak juga tiada masalah.

Cuma yang merencatkan sedikit keseronokan pengalaman menggunakan komputer riba ini adalah sistem operasi Windows 11 yang kurang lancar.

Khususnya apabila melayari internet menggunakan pelayar Microsoft Edge, berlaku beberapa kali insiden skrin menjadi gelap dan kadang-kadang tempoh masa yang diambil untuk masuk semula ke dalam sistem operasi sedikit lama dari mod Sleep.

Lagi satu yang masih mengecewakan adalah kelancaran mengawal kursor tetikus menggunakan Touchpad.

ASUS Vivobook S16 OLED
Walaupun Touchpad Vivobook ini besar, tapi kawalan gerakan pada permukaannya tidak menyeronokkan. Terpaksa juga bandingkannya dengan Trackpad di Apple Macbook yang masih terbaik pada komputer riba.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ASUS Vivobook S 16 OLED ni memang best, best dekat skrin OLED nya yang besar.

Kualiti audio juga boleh tahan kerana harman/kardon dan menyokong Dolby Atmos.

Papan kekunci RGB ala-ala gaming (walaupun ini bukanlah komputer riba gaming), tapi ia memberi sedikit vibe dan secara visual estetiknya, ia memberi daya penarik ketika menggunakannya.

ASUS Vivobook S16 OLED

Berkaitan dengan isu prestasi Windows 11 pula, biasanya ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa menerusi kemas kini yang dilepaskan oleh Microsoft dan juga dari ASUS sendiri untuk keserasian perkakasan dan sistem operasi.

Berbaloikah?

Jadi, adakah berbaloi untuk memiliki ASUS Vivobook S 16 OLED ini?

Sebagai sebuah komputer riba dengan skrin OLED yang bersaiz sebesar 16 inci, ASUS Vivobook S 16 OLED antara komputer riba Windows terbaik ketika ini.

Ditawarkan pada harga RM4,599 sahaja. ia adalah antara komputer riba dengan skrin OLED yang termurah di pasaran.

Malah spesifikasi lainnya yang terkini seperti RAM 16GB LPDDR5X dan storan M.2 NVMe yang pantas, ia adalah sebuah komputer riba dengan harga mampu milik dalam kelasnya.

ASUS Vivobook S16 OLED
Rekaan ASUS Vivobook S16 OLED juga nipis dan ringan.
ASUS Vivobook S16 OLED

Jadi, jika anda berminat dengan ASUS Vivobook S 16 OLED ini, anda sudah boleh mendapatkannya dari stor rasmi Shopee dan Lazada.

Atau untuk ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan ciri-ciri lain yang ada pada komputer riba ini, anda boleh lawati laman rasmi ASUS Malaysia.

Atau lawati stor ASUS berdekatan anda bagi merasi sendiri pengalaman bersama ASUS Vivobook S 16 OLED (M5606).

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 - Lebih Kuasa, Skrin Bertambah Cun
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY