Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook S 15 Snapdragon® X Elite

(Ulasan) ASUS Vivobook S15 OLED Snapdragon – ‘Laptop’ Dengan Bateri 18 Jam

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Vivobook S 15 (S5507Q)

Wiser memberi ASUS Vivobook S 15 (S5507Q) skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM6,299 semasa ulasan ini diterbitkan pada 24 September 2024.

Produk ASUS Vivobook S 15 (S5507Q)
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM6,299
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 24 September 2024

Kelebihan

  • Skrin OLED 15 inci
  • Bateri mengagumkan
  • Papan kekunci RGB
  • Kualiti binaan premium
  • Termal yang baik

Kekurangan

  • Prestasi cip Snapdragon untuk permainan sederhana
  • Harga jualan agak mahal

Beli di: Shopee · Lazada

Jika anda mencari komputer riba terbaru yang mementingkan kualiti paparan dan prestasi bateri yang mengagumkan, ASUS Vivobook S 15 pastinya mudah menarik perhatian anda.

Ini kerana, ASUS Vivobook S 15 baharu ini menawarkan keupayaan bateri yang mampu memberikan sehingga 18 jam.

Keupayaan itu dicapai kerana kelebihan daripada cip pemprosesan baharunya di mana ASUS Vivobook kini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon® X Elite baharu yang merupakan pemproses berkuasa tetapi pada masa yang sama jimat tenaga.

Secara khususnya untuk model yang kami terima ini, ASUS Vivobook S 15 (S5507Q) ini dikuasakan Snapdragon® X Elite X1E 78 100.

ASUS Vivobook S 15 Snapdragon® X Elite

Sepanjang menggunakannya, keupayaan baterinya sememangnya seperti apa yang dikatakan ASUS. Malah ditambah dengan tetapan penjimatan tenaga Windows 11, anda boleh dapat menggunakan komputer riba ini lebih daripada 18 jam.

Dari aspek prestasi keseluruhannya pula, ASUS Vivobook S 15 ini sudah cukup baik untuk anda menjalankan aktiviti tugasan seharian sama ada kerja-kerja pejabat, menaip, melayari internet mahupun menjalankan aplikasi-aplikasi grafik.

Malah ia yang dipacu Snapdragon® X Elite terbina dengan sokongan AI yang mampu menampung beban kerja berbilang tugas merentas produktiviti, kreativiti, hiburan dan banyak lagi.

ASUS Vivobook S 15 Snapdragon® X Elite
ASUS Vivobook S 15 Snapdragon® X Elite tersedia dengan sokongan pelbagai port.

Walau bagaimanapun…

Kami juga cuba menguji ASUS Vivobook S 15 ini dengan beberapa judul permainan. Tapi malangnya masih banyak judul permainan yang belum disokong.

Ini tidak menghairankan kerana cip Snapdragon® X Elite ini masih baharu di pasaran jadi ia belum menyokong judul permainan popular seperti Valorant dan Apex Legend.

Bermain Counter Strike 2 pula membuktikan bahawa komputer riba dengan cip Snapdragon ini masih terlalu awal untuk pemain permainan komputer mendapatkan prestasi terbaik darinya kerana ia kurang lancar.

Tetapi secara keseluruhan, ia mengendalikan aplikasi-aplikasi lain dengan baik dan lancar tanpa sebarang isu prestasi.

ASUS Vivobook S 15 Snapdragon® X Elite

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan adalah, ASUS Vivobook S 15 yang dipacu Snapdragon® X Elite adalah komputer riba Windows premium dengan bateri yang mengagumkan.

Sangat sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah komputer riba dengan bateri yang tahan lama untuk aktiviti harian anda.

Pada masa yang sama juga, ia boleh menjadi peranti hiburan premium kerana paparan OLEDnya yang tidak perlu dipertikai akan kualiti visualnya yang berkualiti tinggi.

ASUS Vivobook S 15 dikuasakan Snapdragon ini sudah pun berada dipasaran dengan harga jualannya RM6,299.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY