Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook A14 (UX3407)

(Ulasan) ASUS Zenbook A14 – Laptop Seringan ‘Bulu Ayam’, Termurah Dalam Kelasnya

Diterbitkan April 30, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Zenbook A14 (UX3407)

Wiser memberi ASUS Zenbook A14 (UX3407) skor 9/10. Harganya di Malaysia ialah RM4,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 30 April 2025.

Produk ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Skor Wiser 9/10
Harga (semasa ulasan) RM4,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 30 April 2025

Kelebihan

  • Ultra ringan
  • Rekaan premium
  • Skrin 14" anti silau
  • Trackpad besar dan lancar
  • Papan kekunci dengan backlit
  • Bateri tahan lebih 20 jam

Kekurangan

  • Prestasi sederhana

Beli di: Shopee · Lazada

Jika dahulu komputer riba berketebalan 1 inci sudah dianggap sebagai nipis, jadi bayangkan teknologi yang semakin membolehkan penghasilan komputer riba yang kini senipis ‘kertas’ dan seringan ‘bulu ayam’.

Itulah ASUS yang berjaya menghasilkan komputer riba nipi dan ultra ringan terbaru mereka, Zenbook A14 (UX3407).

Super ringan dan kompak

Hanya seberat 899 gram, untuk sebuah laptop bersaiz 14 inci, ini sememangnya sebuah peranti yang sangat ringan.

Malah sepanjang menggunakan Zenbook A14 lebih sebulan, penulis memang tidak mahu beralih kepada laptop lain mahupun tablet lagi.

Mengususngnya ke mana-mana sahaja tidak terasa terbeban langsung. Malah akses penuh sebuah komputer dapat diguna walau di mana sahaja berada.

ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Kompak dan padat.
ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Mereka yang sering mengembara menggunakan pengankutan awam sepetrti keretapi dan kapal terbang, akan jatuh cinta dengan laptop ini.
ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Zenbook A14 sangat sesuai untuk anda yang sering membuat kerja lapangan.
ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Meja sempit bukan satu isu.

Prestasi sederhana

Dari aspek prestasi, sebenarnya ASUS Zenbook A14 menyampaikan apa yang dimahukan. Menjalankan Windows 11 Home, sudah memadai untuk kerja-kerja pejabat, melayari internet dan hiburan.

ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Dikuasakan pemproses Snapdragon® X X1 26 100, prestasi yang disampaikan sekadar sederhana sahaja.

Malah dengan ciri pemproses jimat tenaga, anda boleh melakukan aktiviti dengan laptop ini seharian tanpa bimbang isu bateri habis.

Dengan sekali cas penuh sahaja, anda boleh guna Zenbook A14 dengan senag hati kerana ia mampu beroperasi lebih 20 jam lamanya.

ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Ciri premium, buka skrin sebelah tangan je.

Cuma…

Cuma ada juga tapinya. Tidak banyak tapi sedikit menjengkelkan. Ia berkaitan dengan isu prestasi cip Snapdragon.

Ada ketika di mana saat melakukan kerja-kerja yang menjalankan beberapa aplikasi serentak dan diguna pada kadar yang pantas (kerja yang mahukan prestasi puncak), prestasi cip Snapdragon sedikit mengecewakan.

asus zenbook A14 2025

Berlaku beberapa kali insiden ketika menjalankan pelbagai aplikasi serentak dan diguna secara pantas kerana kerja perlu disiapkan dengan cepat, laptop ini tergantung sehingga terpaksa restart.

Walaupun hanya berlaku sekali sahaja, tapi ia sedikit menjengkelkan. Tapi mungkin isu ini akan dapat di atasi menerusi kemas kini semasa yang akan sentiasa menambah baik firmware bagi keserasian perkakasan dan perisian laptop ini.

Namun secara keseluruhan, pada watu-waktu biasa penggunaan, isu prestasi ini tidak berlaku sama sekali.

ASUS Zenbook A14 (UX3407)
Tiada isu panas walau berjam-jam lamanya.

Kesimpulan

Dengan harga jualannya yang bermula dari RM4,999, ASUS Zenbook A14 walaupun berprestasi sederhana, ia adalah komputer ultra ringan yang jauh lebih murah dari pesaing lain dalam kategori ini seperti MSI Prestige 13 AI Evo dan Acer TravelMate P6 14 AI yang jauh lebih mahal.

Malah jauh lebih ringan berbanding apa yang ditawar pesaing lain dalam kelas yang sama . Tidak hairanlah Zenbook A14 adalah komputer riba paling ringan di dunia ketika ini.

Rekaannya yang nipis, sangat ringan dan baterinya yang tahan lama, menggunanya sepanjang hari tidak kira situasi sangat menyenangkan.

ASUS Zenbook A14 (UX3407)
ASUS sememangnya memahami ciri penting komputer riba moden yang dimahukan pengguna masa kini.

Lagi satu yang sangat disenangi adalah skrin anti silau Zenbook A14 ini serta saiz trackpad yang besar.

Papan kekuncinya juga sedap ditekan. Walaupun nipis, ciri backlit papan kekunci membolehkan menaip di dalam gelap.

Dari aspek kualiti binaan, kemasan, keselesaan penggunaan, dan reka bentuknya yang bergaya, ASUS Zenbook A14 layak untuk diiktiraf sebagai  sebuah laptop moden yang premium.

asus zenbook A14 2025 1
asus zenbook A14 2025

Cuma dari aspek prestasinya, Snapdragon perlu berusaha lebih lagi bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap komputer riba yang dipacu cip mereka.

Apa pun, penulis boleh katakan ASUS Zenbook A14  adalah sebuah komputer riba yang boleh diharap dan seronok sepanjang menggunakannya.

Ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi penuh ASUS Zenbook A14 (UX3407) ini dengan melayari laman rasmi ASUS Malaysia.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406) - 'Laptop' Premium Yang Elegan Untuk Produktiviti Harian
  • (Ulasan) Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition - Laptop Premium Dengan Skrin Sentuh Cun
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY