Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LENOVO AURA EDITION

(Ulasan) Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition – Laptop Premium Dengan Skrin Sentuh Cun

Diterbitkan April 25, 2025 · Dikemas kini April 25, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition

Wiser memberi Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition skor 7.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM5,781.79 semasa ulasan ini diterbitkan pada 25 April 2025.

Produk Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition
Skor Wiser 7.5/10
Harga (semasa ulasan) RM5,781.79
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 25 April 2025

Kelebihan

  • Skrin sentuh yang cantik
  • Rekaan nipis dan premium
  • Berprestasi
  • Ciri pintar mudah diakses

Kekurangan

  • Agak berat
  • Buka skrin perlu 2 tangan
  • Kualiti audio sederhana
  • Agak mahal

Beli di: Shopee · Lazada

Pengguna di Malaysia semakin rambang mata dengan kehadiran pelbagai model terkini komputer riba di pasaran.

Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition salah satu model terkini komputer riba yang ada ditawarkan di dalam pasaran tempatan.

Berada dalam kategori komputer riba premium, Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra, grafik dikuasakan Intel Arc dan menampilkan skrin sentuh.

Prestasi & Perkakasan

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 generasi kedua (256V atau 258V), laptop ini mengintegrasikan RAM terus ke dalam CPU, memberikan operasi memori yang lebih pantas.

Namun, ini bermakna RAM laptop ini tidak boleh dinaik taraf selepas pembelian.

Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Ia dilengkapi dengan RAM 32GB dan pilihan storan PCIe Gen 4 M.2 512GB atau 1TB. Cip grafik terbina dipacu Intel Arc pula memberikan prestasi grafik yang cukup baik untuk tugas harian, multimedia dan permainan.

Skrin sentuh berukuran 15.3 inci menawarkan resolusi 2.8K (2880 x 1800) dengan kadar segar semula 120Hz.

Tetapi skrin Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition ini juga tersedia dalam pilihan OLED 9tanpa ciri sentuh) pada harga tambahan sebanyak RM100 sahaja.

Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Walaupun menampilkan reka bentuk nipis dengan ketebalan hanya 13.9mm, laptop ini yang seberat 1.46kg boleh dianggap sebagai agak berat.

Ciri Pintar & AI

Sebagai sebahagian daripada kategori Copilot+ PC, Lenovo perkenalkan pelbagai ciri pintar menerusi Yoga Slim 7i Aura Edition seperti:

  • Smart Modes: Termasuk mod Shield (privasi), Wellness (kesihatan), Collaboration (kerjasama), dan Attention (fokus).
  • Smart Share: Memudahkan pemindahan fail antara peranti Android atau iOS dengan laptop melalui drag and drop.
  • Smart Care: Memberikan sokongan teknikal segera melalui sambungan dengan pakar Lenovo.
Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Kesemua ciri ini boleh diakses dengan mudah melalui pintasan papan kekunci yang tersedia.

Ciri-ciri ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyesuaikan tetapan berdasarkan aktiviti dan keperluan pengguna.

Bateri & Sambungan

Untuk sambungan, ia menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4, serta menyediakan port 2 x Thunderbolt 4, 1 x HDMI 2.1, 1 x USB-A 3.2 Gen 1, dan bicu audio 3.5mm.

Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Laptop ini dilengkapi dengan bateri 70Wh  dengan pengecasan pantas USB-C 65W.

Harga & Ketersediaan

Di Malaysia, Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition dengan skrin sentuh boleh didapati pada harga bermula RM5,781.78.

Plihan spesifikasi yang lebih tinggi seperti cip pemprosesa yang lebih berkuasa, storan lebih besar, naik taraf ke skrin OLED serta versi Pro Windows 11 turut ditawar.

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan adalah, Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition menawarkan kombinasi reka bentuk premium, prestasi yang baik, dan ciri AI untuk meningkatkan produktiviti.

Malah dengan ciri skrin sentuh yang begitu cantik visualnya, memang sedap dan puas menonton video dan bermain permainan di sini.

Lenovo Yoga Slim 7 Aura Edition
Skrin memang cun, tapi kualiti audionya sederhana sahaja.

Namun, walaupun nipis, laptop ini agak berat untuk diusung seharian.

Satu lagi yang menjengkelkan adalah engsel skrin laptop ini tidak membolehkan paparannya dibuka sebelah tangan.

Sebagai sebuah laptop premium, skrin Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition sepatutnya boleh dibuka dengan sebelah tangan sahaja.

Apa pun, secara keseluruhan, ia adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mencari laptop nipis dan berprestasi dengan ciri-ciri moden yang boleh diharapkan.

Cuma, bagi kebanyakkan pengguna tidak perlu pun membelanjakan wang yang agak tinggi untuk sebuah laptop seperti ini.

Terdapat pilihan laptop yang lebih sesuai untuk anda mengikut kesesuaian keperluan seharian anda.

Jadi, tengok-tengoklah dulu pilihan laptop baharu lain yang ada di pasaran ketika ini yang lebih mesra poket.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ASUS Malaysia Lancar Vivobook 14/16 2025, Komputer Riba Berkuasa AI Untuk Semua
  • ASUS Zenbook A14 Kini Di Malaysia, 'Laptop' Copilot+ 14 Inci Paling Ringan Di Dunia
  • Barisan Terbaru Komputer Riba 'Gaming' ROG Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,999
  • Acer TravelMate P6 14, Komputer Riba Premium Kurang 1Kg Berharga RM6,799

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY