Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Riba Ultra Ringan, MSI Prestige Kini Dengan Teknologi AI

Komputer Riba Ultra Ringan, MSI Prestige Kini Dengan Teknologi AI

Diterbitkan Januari 6, 2024 · Dikemas kini Januari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Tahun 2024 bakal melihat barisan komputer riba tersedia dengan teknologi AI. Jadi untuk tidak ketinggalan, MSI menerusi komputer riba berprestasi mereka melancarkan model terbaru komputer riba Prestige 13 AI Evo.

Dikuasakan cip pemprosesan  Intel® Core™ Ultra 5, Prestige 13 AI Evo baharu ini memanfaatkan teknologi NPU (Neural Processing Unit) bersepadu Intel, teras pecutan AI khusus yang menjana pengalaman pengkomputeran CPU/GPU yang lebih cekap serta meningkatkan kecekapan kuasa.

Komputer Riba Ultra Ringan, MSI Prestige Kini Dengan Teknologi AI

Hanya seberat 0.99kg dan kini dengan bateri yang lebih besar 75WHrs di dalamnya, ia lengkap dengan sambungan port Thunderbolt™ 4 dengan teknologi pengecasan pantas PD.

Komputer Riba Ultra Ringan, MSI Prestige Kini Dengan Teknologi AI
MSI Prestige 13 AI Evo dilengkapi paparan OLED (16:10) dan perkakasan sambungan Wi-Fi 7 terkini.

Malah MSI mula membangunkan ‘MSI AI Engine‘ yang bertindak menyelidiki senario pengguna untuk melaraskan tetapan perkakasan secara automatik tanpa sebarang manual termasuklah “Permainan Pintar”, “Kerja Pintar”, “Pertemuan Pintar” dan “Hiburan Pintar”.

Ciri MSI AI Engine ini akan disediakan melalui kemas kini Januari.

Berikut adalah spesifikasi MSI Prestige 13 AI Evo:

spesifikasi MSI Prestige 13 AI Evo

spesifikasi MSI Prestige 13 AI Evo

Komputer riba MSI Prestige 13 AI Evo baharu ini akan tersedia pada Februari 2024 dengan harga jualannya RM5,999.

Berkaitan

  • Dell Memperkenal Siri 'Laptop' XPS Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM5499
  • LG Perkenal Paparan 'Gaming' OLED 480Hz, Terpantas Di Dunia
  • Jangan Terpedaya Dengan 'Scammer' Menyamar Sebagai Wakil Ninja Van

Sumber: Siarn media MSI Malaysia

(Beli pelbagai produk MSI secara dalam talian di stor rasmi MSI Malaysia Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY