Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0017

(Ulasan) ASUS Zenbook 14X OLED – Nak Nampak Bergaya, Inilah Komputer Ribanya

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini April 11, 2023 oleh ariff bukhari

Terdapat pelbagai model komputer riba terbaru dan moden yang berada di pasaran tempatan ketika ini. Ada yang ditawarkan pada harga mampu milik sehinggalah yang berprestasi tinggi berharga belasan ribu Ringgit.

Tetapi yang popular menghasilkan komputer riba berkualiti dengan pelbagai tawaran harga dari yang murah sehinggalah yang berprestasi tetapi masih kekal dengan rekaan moden dan menampakkan penggunanya kelihatan elegen adalah ASUS.

Terbaru ASUS kini hadir dengan komputer riba siri Zenbook 14X OLED 2023 yang bukan sahaja menawarkan rekaan yang elegen tetapi juga berprestasi pada harga yang kompetetif.

ASUS Zenbook 14X OLED

Zenbook 14X OLED terbaru ini meneruskan legasi elegen bagi sirinya dengan perkakasan yang dikemas kini. Zenbook 14X OLED kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi terbaru iaitu Intel Core i7-13700H dengan skrin OLED 14.5 inci 2.8K (2880 x 1800).

Komputer riba ini juga kini tersedia didatangkan dengan 16GB RAM LPDDR5 serta storan pantas M.2 NVMe bersaiz 1TB.

Untuk kuasa grafiknya pula ia dipacu oleh cip Intel Iris Xe Graphics.

Ringan

Untuk sebuah komputer riba yang bersaiz 14.5 inci, Zenbook 14X OLED yang hanya seberat 1.5kg boleh dianggap sebagai sebuah peranti yang ringan.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0010

Reka bentuknya yang nipis (16.9mm) itu antara faktor utama menjadikannya ringan dan mudah diselitkan dalam ruang yang nipis. Sekaligus memudahkan ia dibawa ke mana-mana untuk pelbagai urusan kerja harian anda.

Pengecasan pantas, bateri tahan lama

ASUS mendakwa bateri komputer riba Zenbook 14X OLED ini yang berkapasiti 70Wh, mampu beroperasi sehingga 10 jam lamanya. Berdasarkan pengalaman penggunaan penulis pula, keupayaan bateri komputer riba ini mampu bertahan sekitar 9 jam.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0013

Penggunaan itu pula adalah bergantung pada tetapannya seperti kadar kecerahan skrin, lampu papan kekunci dan sambungan bersama Wi-Fi dan Bluetooth.

Tetapi untuk tempoh operasi selama itu, penulis berasakan ia sudah cukup baik untuk melakukan pelbagai kerja seharian bersama komputer riba ini.

Skrin OLED, bunyi dari harman kardon

Zenbook 14X OLED memberikan kualiti visual yang cukup baik menerusi paparan OLED nya. Visual cerita yang distrim ketika ‘melayan’ cerita-cerita kegemaran penulis sememangnya tidak mengecewakan.

Tambahan pula rekaan bingkai skrin yang nipis memberikan visual yang cukup luas menerusi paparan bersaiz 14 inci.

Malah ia turut dibantu dengan kualiti audio Dolby atmos yang dihasilkan oleh pembesar suara harman kardon.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0004
asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0005

Jadi Zenbook 14X OLED ni memang sangat sesuai untuk anda layan movie malam anda.

Cuma mungkin sedikit mengganggu adalah skrinnya yang bukan antisilau.

Binaan kukuh, sedap menaip

Dari aspek kualiti binaan pula, tidak perlu dipertikaikan kerana Zenbook 14X OLED dihasilkan dengan material yang berkualiti.

Kerangkanya berasa cukup kukuh dan papan kekunci pula cukup selesa menaip dengannya.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0018

Dibantu pula dengan ciri backlit papan kekunci, jadi menaip dalam suasana gelap pun tidak menjadi isu.

Trackpad besar, semakin lancar

Antara isu yang menjengkelkan pada sesebuah komputer riba adalah kelancaran trackpad yang menggerakkan tetikus.

Pengeleuar-pengeluar komputer riba sering dibandingkan dengan trackpad komputer riba keluaran Apple yang dianggap yang terbaik kerana ia begitu lancar.

Namun begitu sejak akhir-akhir ini, trackpad pada komputer riba lain juga sudah menjadi semakin baik.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0012

ASUS tidak ketinggalan dalam menambah baik produk mereka.

Jadi menerusi Zenbook 14X OLED ini, penulis merasakan trackpad komputer riba ini lancar dan selesa digunakan.

Walaupun tidak sama, tetapi ia hampir menyamai pengalaman menggunakan trackpad di komputer riba Apple.

Bergaya, elegen

ASUS Zenbook 14X OLED memang cukup bergaya apabila digunakan yang menampakkan profesionalisme.

Apabila bersama dengannya memang nampak begitu elegen, tak kiralah sama ada anda seorang pelajar mahupun sudah berkerjaya, ia pasti akan menarik mata memandang ketika anda bersamanya.

asus ZENBOOK 14X OLED 2023 IMG_0011

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan untuk ASUS Zenbook 14X OLED ini adalah, ASUS terus menawarkan komputer riba berkualiti dan berprestasi untuk pasaran tempatan.

Zenbook 14X OLED adalah bukti komitmen ASUS dalam menghasilkan produk terbaik dalam pasaran yang mencabar.

Spesifikasi perkakasan berkuasa dan terkini serta produk dengan reka bentuk menarik dan berkualiti menjadikan Zenbook 14X OLED antara komputer riba terbaik yang ada di pasaran Malaysia ketika ini.

ASUS Zenbook 14X OLED ditawarkan dengan harga bermula dari RM4,999 (bagi varian intel Core i5 Gen 13) dalam pilihan warna Inkwell Gray dan Sandstone Beige.

Jom beli ASUS Zenbook 14X OLED di Shopee atau Lazada

ASUS Zenbook 14 Flip OLED

Tetapi jika anda mahukan pula sebuah komputer riba dengan skrin sentuh malah boleh digunakan dalam pelbagai mod, ASUS Zenbook 14 Flip OLED adalah antara komputer riba terbaru pilihan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1340P Gen-13 serta kuasa grafik dari Intel Iris Xe.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED

Selain itu ia juga dilengkapi dengan memeori RAM 16GB serta storan SSD 512GB. Manakala paparannya pula bersaiz 14″ 2.8K OLED dengan ciri skrin sentuh serta kadar segar semula 90Hz.

Hanya seberat 1.5kg, ia dilengkapi dengan bateri 75 Wh dengan ciri ASUS USB-C Easy Charge yang membolehkan ia dicas sehingga 60% hanya dalam masa 49 minit sahaja.

UP3404 One Pager MY with price

Zenbook 14 Flip OLED terbaru ini sudah pun tersedia di pasaran tempatan sejak lewat Mac lalu dengan harga jualannya bermula dari RM5,499.

Jom beli ASUS Zenbook 14 Flip OLED di Shopee atau Lazada

Berkaitan

  • (Ulasan) MSI Modern 14 - Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni
  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY