Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OMEN Transcend 14

(Ulasan) HP Omen Transcend 14 – Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama

Diterbitkan Jun 20, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: HP OMEN Transcend 14

Wiser memberi HP OMEN Transcend 14 skor 9/10. Harganya di Malaysia ialah RM7,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 20 Jun 2025.

Produk HP OMEN Transcend 14
Skor Wiser 9/10
Harga (semasa ulasan) RM7,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 20 Jun 2025

Kelebihan

  • Ringan
  • Nipis
  • Bateri tahan lama
  • Keyboard RGB HyperX
  • Berprestasi tinggi
  • Skrin OLED terang dan jelas
  • Menyokong pengecasan pantas USB-C 140W

Kekurangan

  • Warna putih mudah comot
  • Kipas berbunyi kuat (ketika bermain)
  • Harga keras

Beli di: Shopee

Pengguna masa kini bukan sahaja mencari prestasi terbaik dalam sesebuah laptop, malah turut menitikberatkan gaya, reka bentuk, dan lebih penting lagi adalah kesesuaian dengan gaya hidup moden iaitu mahukan sebuah laptop ringan, nipis serta bateri yang tahan lama.

Di sinilah HP hadir dengan model HP OMEN Transcend 14, sebuah laptop yang bukan sahaja berkuasa untuk tujuan gaming, tetapi juga cukup bergaya dengan reka bentuknya yang menarik dan bateri yang tahan lama.

Rekaan

Dari segi rekaan, HP OMEN Transcend 14 tampil dengan pendekatan minimalis tetapi moden.

Ia tidak kelihatan seperti laptop gaming biasa yang sarat dengan rekaan agresif dan lampu RGB yang keterlaluan.

Sebaliknya, ia hadir dalam bentuk yang ringkas dan elegan, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahu tampil profesional tetapi tetap mahu menikmati prestasi gaming dalam satu pakej yang padat dan ringan.

OMEN Transcend 14
Saiznya yang kecil dan nipis menjadikan HP OMEN Transcend 14 sesuai digunakan di mana sahaja sama ada di pejabat, bilik kuliah, mahupun untuk pengembara.
OMEN Transcend 14
Paparan dari skrin OLEDnya jelas dilihat walaupun di bawah cahaya matahari.
OMEN Transcend 14
Dengan skrin bersaiz 14 inci, badan yang nipis dan binaan yang premium, laptop ini mudah dibawa ke mana-mana.

Kecil-kecil cili padi

Namun jangan tertipu dengan saiznya yang kecil. Di sebalik rupa luarannya yang tenang, tersembunyi spesifikasi yang mengagumkan.

HP OMEN Transcend 14 dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 (185H) generasi terkini, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB, serta RAM DDR5 sebesar 32GB.

Untuk paparan, ia dilengkapi skrin OLED 2.8K 14″ dengan kadar segar semula 120Hz pula menjadikan pengalaman menonton dan bermain game sangat menghiburkan, dengan warna yang terang dan gerakan yang lancar.

OMEN Transcend 14
Dengan rekaan papan kekunci Translucent Hyper X, memberikan pengalaman menaip yang lancar. Malah setiap kekunci boleh diperibadikan warna RGB dengan mudah menerusi aplikasi terbina, Light Studio.
OMEN Transcend 14
Dilengkapi 1x port Thunderbolt™ 4 untuk sambungan USB-C yang menyokong kelajuan pindahan data sehingga 40Gbps.
OMEN Transcend 14

Gaming di mana sahaja, bateri tahan lama

Dari segi prestasi, HP OMEN Transcend 14 mampu mengendalikan permainan moden dengan lancar pada tetapan grafik tinggi. Teknologi penyejukan yang digunakan juga bijak, memastikan laptop kekal sejuk walaupun digunakan secara intensif.

Menjadikan pengalaman bermain lebih selesa.

OMEN Transcend 14
Prestasi gaming OMEN Transcend 14 tidak mengecewakan.. Bunyi kipas yang kuat hanya muncul apabila permainan dimulakan.
OMEN Transcend 14
Grafik yang dipaparkan menerusi skrin OLEDnya cukup mengkagumkan.

Malah, dengan pensijilan Intel Evo, baterinya mampu bertahan antara 7 hingga 8 jam dalam penggunaan biasa. Ia merupakan satu pencapaian hebat bagi sebuah laptop gaming.

Malah sepanjang mengujinya lebih sebulan, OMEN Transcend 14 mampu memberikan sehingga hamipr 9 jam operasi dengan ciri tetapan penjimatan bateri Windows 11, sepanjang aktiviti menaip dan melayari internet.

OMEN Transcend 14
Melengkapinya sebagai sebuah laptop gaming, HP OMEN Transcend 14 turut mengeluarkan audio berkualiti, menjanjikan pengalaman audio yang imersif.

Harga tak murah

Sebagai peranti premium, HP OMEN Transcend 14 bukanlah sebuah laptop yang murah.

Berharga dari RM7,999 hingga mencecah RM10,000, Ia memang dihasilkan secara khusus untuk mereka yang memiliki bajet besar.

Tapi, jika anda mahukan sebuah laptop gaming berprestasi tinggi tapi pada masa yang sama sesuai untuk tugasan pejabat dan mudah dibawa ke mana mana sahaja dengan penuh gaya, HP OMEN Transcend 14 adalah pilihan terbaik untuk anda.

OMEN Transcend 14
HP OMEN Transcend 14 ringan dan nipis , mudah dibawa ke mana-mana.
OMEN Transcend 14
HP OMEN Transcend 14 menawarkan kuasa dan gaya dalam satu peranti.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan, HP OMEN Transcend 14 merupakan laptop gaming berprestasi yang serba boleh, sesuai untuk pelajar, pencipta kandungan yang sering bergerak, atau sesiapa sahaja yang mahukan laptop berprestasi tinggi dalam bentuk yang kompak dan elegan.

OMEN Transcend 14
OMEN Transcend 14
OMEN Transcend 14

Bagi mereka yang mampu, HP OMEN Transcend 14 pastinya adalah satu pelaburan yang berbaloi.

*Tips – HP OMEN Transcend 14 tersedia dalam pilihan warna putih dan hitam. Warna putih memang cantik, tapi kalau penulis akan memilih warna hitam sebab putih lebih mudah comot. Khususnya bagi mereka yang kerap mengembara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • REDMAGIC 10S Pro Dilancar Di Malaysia – Snapdragon 8 Elite Leading Version, 24GB RAM, Harga Dari RM3,999
  • Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition Kini Di Malaysia – Harga RM1,299

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY