Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOGI 3S 7

Logitech MX Anywhere 3S – Tetikus ‘Flagship’ Untuk Produktiviti, Padan Dengan Harga

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh ariff bukhari

Pada penghujung bulan Mei 2023 lepas, syarikat pengeluar aksesori barangan komputer terkemuka Logitech telah pun melancarkan tetikus terbaru bagi siri Master iaitu MX Anywhere 3S.

Ia merupakan tetikus kompak tanpa wayar berprestasi tetapi juga kaya dengan pelbagai ciri yang ditetapkan dengan bantuan aplikasi tambahan.

LOGI 3S 5
Tak perlu lagi dongle dan DPI MX Anywhere 3S kini boleh ditetapkan sehingga setinggi 8000 DPI, sekali ganda lebih tinggi dari versi terdahulu.

Selesa dan senyap

Produk Logitech sememangnya tidak perlu dipertikaikan akan kualiti binaan dan ketahanannya.

Untuk MX Anywhere 3S, Logitech terus memberikan sebuah produk yang diyakini kepada pengguna.

Dari segi rekaan, MX Anywhere 3S sememangnya tetikus kompak yang direka dengan baik yang selesa dipegang dan memudahkan pengguna mengawal kursor dari tetikus.

Perletakan 4 lagi butang tambahan pada tetikus yang boleh ditetapkan fungsinya untuk ciri tertentu juga mudah diakses.

Sekaligus capaian fungsi jadi lebih pantas dan kerja-kerja menjadi lebih produktif.

LOGI 3S
Kecil dan selesa dipegang.
LOGI 3S 1
Butang kawalan yang mudah diakses.

Satu lagi yang pasti disukai pengguna adalah bunyi klik tetikus ini yang senyap.

Ia sangat senyap sehinggakan anda hampir tidak dengar bunyi klik yang menjengkelkan telinga anda dan juga orang yang berada sekitar anda.

Bateri tahan lama

Ketahanan bateri tetikus ini tidak perlu anda bimbang sebab ia memang tahan lama. Jika anda gunakannya pada masa yang lama sekalipun setiap hari, baterinya mampu bertahan lebih seminggu lamanya.

Malah untuk memudahkan bateri dicas, sambungan pengecasan tetikus ini diletakkan di bahagian hadapannya. Jadi anda boleh menggunakannya sambil ia sedang dicas.

Malah Logitech menyatakan, dengan sokongan ciri pengecasan pantas yang tersedia ada pada tetikus ini, hanya dicas selama 1 minit sahaja, tetikus ini mampu beroperasi selama 3 jam.

LOGI 3S 3
Logitech menyatakan bateri tetikus ini mampu bertahan sehingga 70 hari.
LOGI 3S 2
MX Anywhere 3S didatangkan bersama kabel pengecas USB-A ke USB-C.

Logitech Options+

Kelebihan utama tetikus Logitech ini adalah dengan adanya sokongan aplikasi yang dibangunkan khas oleh Logitech iaitu Logitech Options+.

Merusi aplikasi ini, pengguna boleh mengakses sepenuhnya ciri-ciri yang ada pada MX Anywhere 3S ini.

Screenshot 2023-07-07 at 12.44.50 PM
Aplikasi Logitech Options+.

Aplikasi Logitech Options+ membolehkan anda menetapkan fungsi-fungsi tertentu pada 4 butang ekstra yang ada pada tetikus ini dan juga menetapkan fungsi tertentu bagi setiap aplikasi-aplikasi bagi melaksanakan fungsi berbeza mengikut tetapan anda.

LOGI 3S 3
LOGI 3S 2

Tidak setakat itu, menerusi aplikasi Logitech Options+, anda boleh menggunakan ciri yang dikenali sebagai Flow.

Ciri ini membolehkan MX Anywhere 3S digunakan bersama dengan 3 lagi komputer lain pada masa yang sama.

Malah anda juga boleh memindahkan fail dengan copy  & paste fail tersebut dari sebuah komputer kepada komputer lain yang disambungkan dari kawalan tetikus MX Anywhere 3S.

Ciri ini boleh digunakan dengan baik bersama komputer Windows dan macOS.

Apa yang diperlukan adalah pastikan setiap komputer itu dipasang dengan aplikasi Logitech Options+ dan log masuk ke akaun Logitech anda serta komputer itu disambungkan dengan rangkaian yang sama.

LOGI 3S 4
MX Anywhere 3S FLOW

Flow ciri yang menarik tapi…

Walau bagaimanapun, ia tidaklah selancar yang diharapkan. Ini kerana terdapat isu di mana apabila mahu menukarkan kawalan tetikus antara komputer yang disambungkan, kerap kali cubaan itu tidak berjaya dilakukan.

Sebaliknya ia perlu dibuat berulang kali. Jadi anda perlu kerap menggunakannya bagi membiasakan diri dan memahami ciri Flow antara komputer itu.

MX Anywhere 3S FLOW 2

Kesimpulan

Selepas hampir seminggu menggunakan tetikus Logitech MX Anywhere 3S ini penulis boleh simpulkan bahawa ia merupakan tetikus yang direka khas untuk produktiviti dan berbaloi dimiliki.

Malah dengan adanya sokongan tambahan aplikasi Logitech Options+ untuknya sekaligus penulis merasakan bahawa MX Anywhere 3S sebagai sebuah tetikus flasghip untuk produktiviti.

LOGI 3S 6

Cuma ciri Flow itu jika ia ditambah baik lagi akan menyempurnakan tetikus ini dan pastinya amat dihargai pengguna tegar tetikus Logitech.

Berharga RM369, MX Anywhere 3S ditawarkan dalam 3 pilihan warana menarik iaitu Rose, Pale Grey dan Graphite.

LOGI 3S 4

Beli Logitech MX Anywhere 3S di Shopee – https://invl.io/clj6a9g

Beli Logitech MX Anywhere 3S di Lazada – https://invol.co/clj6aag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY