Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook 16 M1605

(Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) – Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama

Diterbitkan Disember 6, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia membawakan model komputer riba terbaru mereka tahun ini dengan Vivobook 16.

Kelebihan utama komputer riba ASUS ini adalah skrin besar bersaiz 16 incinya tapi ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Tapi ada juga kelebihan lain ASUS  Vivobook yang patut anda tahu.

Bateri tahan lama

Antara ciri penting sesebuah komputer riba perlu ada adalah keupayaan bateri yang mampu tahan lama.

Jadi untuk ASUS  Vivobook 16 ini, penulis dapati ia mampu bertahan selama 7 jam 30 minit dengan ciri backlight papan kekunci diaktifkan.

Sudah memadai bagi anda yang mahukan sebuah komputer riba dengan bateri yang dipercayai tahan lama sebelum disambungkan pada pengecas kuasa.

ASUS Vivobook 16 M1605
ASUS Vivobook 16 hadir dalam reka bentuk yang ringkas.

Cip 7nm

Kelebihan bateri ini dicapai menerusi keupayaan cip pemprosesan terbaru AMD iaitu AMD Ryzen 5 7530U yang baru dilancarkan pada April tahun ini.

Cip yang dibangunkan dengan arkitektur 7nm ini memberikan kelebihan bukan sahaja penjimatan kuasa tetapi pada masa yang sama prestasi yang diperlukan.

ASUS Vivobook 16 M1605
Prestasi sederhana dari cip AMD Ryzen sudah cukup memadai bagi pengguna umum.

Ringan, nipis, tahan lasak

Untuk sebuah komputer riba bersaiz 16 inci, Vivobook ini boleh dikatakan sebagai ringan.

Dengan berat tidak sampai 2kg, Vivobook selesa dipegang dan mudah dibawa untuk tugasan luar.

Tambahan pula rekaannya yang nipis menjadikannya ia kelihatan cukup bergaya.

Caption gambar – nipis bukan sebarang nipis, ASUS Vivobook menggunakan material tahan lasak dan teruji ketahannanya.

ASUS Vivobook 16 M1605
ASUS Vivobook 16 M1605 lengkap menyokong pelbagai jenis sambungan peranti.

Senyap

Satu lagi yang penulis perasan kelebihan ASUS Vivobook 16 ini adalah tidak kedengaran bunyi kipas yang bingit sewaktu menggunakannya.

Malah tidak terasa langsung panas dari tepi mahupun bahagian bawahnya.

ASUS Vivobook 16 M1605

Kesimpulan

Untuk sebuah komputer riba prestasi sederhana, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Berpatutan dengan harganya bermula dari RM2,599 sahaja, ASUS Vivobook 16 (M1605) adalah sebuah komputer riba dengan skrin 16 inci mampu milik.

ASUS Vivobook 16 M1605
ASUS Vivobook 16 M1605 adalah komputer riba 16 inci termurah di pasaran. Sesuai untuk mereka yang gemar skrin besar.

Prestasi sederhananya sudah cukup memadai untuk anda melaksanakan tugasan ringan seperti strim video dan melayari internet dengan lancar.

Untuk lihat spesifikasi penuh ASUS Vivobook 16 M1605 ini, layarai laman rasmi ASUS Malaysia.

Beli ASUS Vivobook 16 (M1605) di Shopee atau Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • (Ulasan) Lenovo LOQ 15IRH8 - 'Laptop Gaming' Tak Perlu Pecah Tabung

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY