ASUS Malaysia kini hadir dengan komputer meja (desktop) terbaru menerusi ASUS ExpertCenter P500SV.
PC ini dilancarkan sebagai sebuah desktop kelas perniagaan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Spesifikasi
Dari segi prestasi, P500SV menyokong cip pemproses Intel® Core™ 7 dengan pilihan grafik fleksibel, sama ada menggunakan Intel UHD atau kad NVIDIA RTX A400 yang mampu menyokong beban kerja grafik dan AI.
Dengan sokongan memori DDR5 sehingga 64GB serta konfigurasi dwi-storan (SSD NVMe dan HDD 3.5”), sistem ini mampu mengendalikan multitugas harian dan operasi perniagaan yang intensif.
Rekaan inovatif
Satu aspek yang menarik tentang desktop terbaru ASUS ini ialah reka bentuk penyejukan terma yang inovatif.
Ia hanya dilengkapi 1 sahaja kipas besar yang ditempatkan di bahagian belakang, ideal bagi mengalirkan udara panas terus ke luar, manakala paip haba tembaga membantu melancarkan pemindahan haba dari komponen kritikal.
Pendekatan ini memastikan operasi stabil walaupun dalam cuaca panas (sebagai contoh, bilik tanpa pendingin hawa).
Ini menjadikannya sesuai untuk pejabat, perpustakaan atau mahupun ruang kerja rumah yang memerlukan bunyi diperlukan.

Keselamatan dan servis lepas jualan
Bagi memberikan jaminan keselamatan yang kritikalkepada operasi PKS, ASUS menyertakan perlindungan enterprise melalui ExpertGuardian serta perkakasan terbina TPM.
Tambahan pula, pengguna mendapat perlindungan McAfee Premium selama setahun yang merangkumi VPN tanpa had, perlindungan penipuan serta privasi media sosial.
Sokongan selepas jualan juga tidak mengecewakan. ASUS menawarkan jaminan 3 tahun di mana pakar teknikal ASUS sedia datang ke lokasi anda di seluruh Malaysia jika berlaku sebarang isu.
Malah ASUS juga menawarkan pilihan untuk naik taraf sehingga 5 tahun, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada organisasi yang bergantung pada kestabilan sistem.

Secara keseluruhan, ASUS ExpertCenter P500SV ialah desktop yang menyeimbangkan prestasi, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan.
Ia sesuai untuk PKS yang mahu meningkatkan produktiviti tanpa kompromi dari segi kos.
Walaupun ia mungkin bukan pilihan utama untuk pengguna yang mahukan spesifikasi gaming tinggi, untuk perniagaan dan pengguna profesional, ia menawarkan nilai yang sukar ditandingi.
ASUS ExpertCenter P500SV kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3,599 bagi model dipacu ntel® Core™ 5 210H (16 GB DDR5 RAM+ storan 512GB)
Sementara bagi model dengan Intel® Core™ 7 240H (16 GB DDR5 RAM+ storan 512GB) , ia ditawar dengan harga bermula RM4,099.00.
{suggest}