Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reebok PlayStation

Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan ‘Sneakers’ Eksklusif Reebok

Diterbitkan Oktober 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Sempena ulang tahun ke-30 PlayStation, Sony mengumumkan kerjasama istimewa bersama Reebok untuk menghasilkan koleksi sneakers edisi terhad yang diinspirasikan daripada konsol PlayStation asal.

Koleksi PlayStation x Reebok ini menampilkan tiga model kasut ikonik, masing-masing dikaitkan dengan wilayah pelancaran pertama PlayStation pada tahun 1994. Untuk Jepun, Reebok mempersembahkan InstaPump Fury 94. Di Amerika Syarikat, pilihan jatuh kepada Pump Omni Zone II. Manakala di United Kingdom, model Workout Plus dipilih sebagai wakil.

Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan ‘Sneakers’ Eksklusif Reebok
Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan ‘Sneakers’ Eksklusif Reebok

Setiap rekaan kasut mengambil inspirasi daripada gaya konsol PlayStation pertama yang terkenal dengan warna kelabu ikonik. Reebok memilih siluet sneakers mengikut tahun pelancaran dan populariti model ketika itu, bagi memberi sentuhan nostalgia yang kuat kepada peminat lama PlayStation.

Selain rekaan kasut, pembeli juga akan menerima bungkusan eksklusif edisi terhad yang menyerupai gaya pelancaran konsol PlayStation asal.

Kotaknya menggunakan palet warna kelabu khas ulang tahun ke-30 bersama butiran klasik yang mengimbau kembali kenangan era konsol generasi pertama.

Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan ‘Sneakers’ Eksklusif Reebok

Koleksi sneakers ini akan mula dilancarkan pada bulan Oktober 2025 di pasaran global. Ia dijangka mendapat sambutan hangat, bukan sahaja daripada penggemar kasut tetapi juga peminat tegar PlayStation yang mahu memiliki sebahagian daripada sejarah konsol kegemaran mereka.

Berkaitan

  • Malaysia Dan PlayStation Studios Bekerjasama, Sasar Jadi Hab Permainan AAA Serantau
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sony Lancar Aplikasi Untuk Ibu Bapa Pantau Permainan PlayStation Anak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY