Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Family App

Sony Lancar Aplikasi Untuk Ibu Bapa Pantau Permainan PlayStation Anak

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Sony Interactive Entertainment memperkenalkan satu aplikasi baharu yang dinamakan PlayStation Family App, khas untuk membantu ibu bapa mengurus dan memantau aktiviti permainan anak-anak mereka.

Melalui aplikasi ini, ibu bapa dapat melihat laporan harian dan mingguan tentang masa bermain anak-anak, menetapkan had masa permainan, serta meluluskan permintaan tambahan masa secara langsung dari telefon.

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan notifikasi masa nyata tentang permainan yang sedang dimainkan, membolehkan ibu bapa sentiasa peka terhadap aktiviti digital anak mereka.

Ciri kawalan perbelanjaan turut disediakan, di mana ibu bapa boleh menetapkan had bulanan, menambah dana dan memantau pembelian anak di PlayStation Store.

Penapis kandungan yang boleh disesuaikan mengikut umur anak juga membantu memastikan mereka hanya bermain permainan yang sesuai.

Tambahan pula, ibu bapa boleh mengawal interaksi sosial anak-anak dengan pemain lain, menjadikan pengalaman bermain lebih selamat dan terkawal.

Jadi, dengan adanya PlayStation Family App, ia bukan sahaja memudahkan permainan diuruskan, tetapi juga memperkukuh keselamatan dan privasi anak-anak dalam dunia digital.

Aplikasi PlayStation Family App boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar melalui iOS dan Android hari ini.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Tor Lancar Aplikasi VPN Khusus Untuk Telefon Pintar Android
  • Bandai Namco Dan Google Cloud Lancar Permainan Baru 'Dragon Ball' Untuk Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY