Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Asia

Malaysia Dan PlayStation Studios Bekerjasama, Sasar Jadi Hab Permainan AAA Serantau

Diterbitkan Julai 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pembangunan permainan paling lengkap di Asia Tenggara melalui kerjasama strategik dengan PlayStation Studios.

Dalam sesi perbincangan antara PlayStation Studios dan Kerajaan Malaysia baru-baru ini, pelbagai inisiatif dibincangkan bagi memperluas potensi industri permainan negara ke peringkat global.

gobind singh playstation

Antara tumpuan utama perbincangan ialah pertumbuhan tenaga kerja studio, pendayaan vendor tempatan serta penyelarasan dengan dasar nasional seperti Pelan Hala Tuju DICE, kecerdasan buatan dan Malaysia Digital. Mesyuarat ini turut menekankan peluang untuk memperkasa bakat tempatan melalui insentif kerajaan sambil membina kapasiti PlayStation Studios Malaysia sebagai pusat pembangunan permainan AAA di rantau ini.

Kerjasama ini selari dengan misi negara untuk membangunkan ekosistem permainan digital yang mampan serta menerajui sektor tersebut di peringkat serantau. Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo yakin pertemuan ini akan membawa kepada kemajuan yang bermakna dalam usaha memacu industri permainan negara.

Berkaitan

  • PS6 Perlu Sokong Cakera Fizikal, Kata Bekas Bos PlayStation
  • Anda Kini Boleh Jejaki Perubahan Iklim Dunia Dengan PlayStation VR2 Dan PS5
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY