Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APple Google_

UK Lancar Siasatan Terhadap Ekosistem Mudah Alih Apple Dan Google

Diterbitkan Januari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Pihak Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) UK telah melancarkan siasatan terhadap status pasaran strategik dalam ekosistem mudah alih, khususnya berkaitan kedudukan Apple dan Google dalam sistem operasi, gedung aplikasi, dan pelayar mudah alih.

Ekosistem mudah alih memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyat UK.

CMA berkata, terdapat lebih daripada 15,000 perniagaan di UK terlibat dalam pembangunan aplikasi mudah alih yang menjana pendapatan sekitar £28 bilion (~RM 161.84 bilion).

Hampir semua peranti mudah alih di UK dipasang dengan sistem operasi iOS (Apple) atau Android (Google), di mana gedung aplikasi mereka memegang kedudukan dominan di dalam negara tersebut.

CMA menyatakan, keadaan ini membolehkan Apple dan Google mempengaruhi kandungan, perkhidmatan, dan pembangunan teknologi yang ditawarkan.

Ekoran itu, CMA akan menyiasat 3 isu utama terhadap 2 ekosistem mudah alih ini:

  1. Persaingan dalam ekosistem Apple dan Google: Menilai bagaimana persaingan berfungsi dan halangan yang menghalang pesaing lain.
  2. Penggunaan kuasa pasaran: Sama ada Apple atau Google menggunakan kedudukan mereka untuk memberi kelebihan kepada aplikasi atau perkhidmatan mereka sendiri.
  3. Amalan eksploitasi: Sama ada pembangun aplikasi terpaksa mematuhi terma tidak adil untuk menyenaraikan aplikasi mereka atau pengguna menghadapi kesukaran memilih aplikasi yang diinginkan.

CMA memaklumkan, siasatan ini akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pengeluar peranti, pembangun perisian, dan kumpulan pengguna.

Keputusan akhir ari siasatan tersebut dijangka akan diumumkan pada akhir Oktober 2025.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
  • Indonesia Denda Google Lebih RM54 Juta Kerana Amalan Perniagaan Tidak Adil

Sumber: CMA GOV.UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY