Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google indonesia

Indonesia Denda Google Lebih RM54 Juta Kerana Amalan Perniagaan Tidak Adil

Diterbitkan Januari 23, 2025 · Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh ariff bukhari

Badan antimonopoli Indonesia telah mengarahkan Google membayar denda sebanyak 202 bilion rupiah (~RM54.54 juta) atas amalan perniagaan yang tidak adil berkaitan perkhidmatan sistem pembayaran Google Play Store.

Hasil siasatan yang bermula pada 2022 oleh badan itu itu mendapati, Google menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mewajibkan pembangun aplikasi Indonesia menggunakan Google Play Billing dengan caj sehingga 30%, sekali gus mengurangkan pendapatan pembangun aplikasi dan melanggar undang-undang antimonopoli negara itu.

Walaupun Google memperkenalkan pilihan sistem pembayaran alternatif, badan antimonopoli Indonesia mendapati amalan semasa yang diamalkan tetap tidak kompetitif.

Ekoran itu, Google menyatakan akan membuat rayuan dan komited untuk mematuhi undang-undang Indonesia.

Google menguasai 93% pasaran di Indonesia, yang memiliki ekonomi digital yang sedang  pesat berkembang.

Sebelum ini, Google telah dikenakan denda lebih €8 bilion (~RM36.96 bilion) oleh Kesatuan Eropah atas amalan antipersaingan melibatkan perkhidmatan perbandingan harga, sistem operasi Android, dan perkhidmatan pengiklanan.

Berkaitan

  • iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 - Canalys
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
  • Circle to Search Kini Hadir Dengan Dua Penambahbaikan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY