Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

UK Kini Mempunyai Lebih Banyak Pengecas EV Awam Berbanding Stesen Minyak

Posted on April 13, 2026April 13, 2026

Satu pencapaian penting dalam peralihan kepada mobiliti hijau telah berlaku di United Kingdom. Menurut laporan Department for Transport (DfT) UK (Februari 2026) dan data Zapmap, jumlah pengecas kenderaan elektrik (EV) awam kini jauh melebihi bilangan stesen minyak.

Data rasmi sehingga 1 Januari 2026 menunjukkan terdapat 116,052 pengecas EV awam di UK, berbanding anggaran 60,802 stesen minyak konvensional. Analisis DfT menyimpulkan bahawa terdapat “jauh lebih” pengecas EV berbanding stesen minyak, iaitu hampir dua kali ganda lebih banyak.

Pertumbuhan rangkaian pengecas ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13% dalam tempoh setahun, dengan penambahan sebanyak 13,281 unit baharu.

Yang paling ketara ialah pertumbuhan pesat pengecas ultra-rapid (150kW dan ke atas), yang meningkat hampir 39% dalam tempoh yang sama.

Fokus kepada pengecas pantas ini bertujuan mengurangkan masa pengecasan kepada sekitar 15 hingga 20 minit, sekali gus menjadikan pengalaman menggunakan EV lebih hampir dengan mengisi minyak petrol.

Selain itu, pengecas EV kini berkembang lebih meluas bukan sahaja di stesen minyak, tetapi juga di pusat beli-belah, kawasan parkir awam, dan hab pengecasan khusus. Taburan yang lebih luas ini dijangka membantu mengurangkan isu range anxiety di kalangan pengguna.

Bagi negara seperti Malaysia yang sedang membangunkan ekosistem EV, pencapaian United Kingdom ini perlu menjadi rujukan penting.

Pertumbuhan EV di negara kita semakin pantas, dengan lambakan EV baharu masuk ke pasaran termasuk EV mampu milik seperti e.MAS 5.

Namun, kemudahan pengecas awam tidak mencukupi. Setakat semakan saya, sasaran kerajaan untuk mencapai 10,000 pengecas menjelang penghujung 2025 adalah gagal.

Hanya 41.61% sahaja daripada sasaran, iaitu 4,161 EVCB yang tersedia. Manakala, terdapat 4,477 lagi cadangan EVCB yang masih belum dilaksana.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengambil isu ini. Kita tidak mahu lagi drama pengguna EV bergaduh dengan PHEV di pengecas awam. Masalah sebegini tidak akan timbul sekiranya pengecas awam mencukupi dengan nisbah bilangan EV yang ada di jalan raya.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress