Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CATL charging roobot

CATL Uji Robot Pengecas EV, Boleh Datang Sendiri Ke Kereta

Diterbitkan Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Syarikat bateri terbesar dunia, CATL, kini sedang menguji teknologi robot pengecas kenderaan elektrik (EV) yang mampu bergerak sendiri ke arah kenderaan untuk melakukan pengecasan.

Berbeza dengan stesen pengecas tradisional, robot ini membolehkan pengguna memanggil pengecas terus ke lokasi parkir tanpa perlu mengalihkan kenderaan. Pendekatan ini dilihat berpotensi menjadikan mana-mana ruang parkir sebagai lokasi pengecasan sementara.

Robot tersebut dilengkapi bateri sendiri dan boleh disambungkan ke EV menggunakan kabel, sama seperti pengecas biasa. Ia juga direka untuk bergerak secara autonomi atau dikawal melalui sistem pintar.

Buat masa ini, teknologi ini masih berada dalam fasa ujian terhad di China dan belum digunakan secara meluas. Namun, ia dilihat sebagai salah satu solusi masa depan bagi menangani kekurangan infrastruktur pengecas EV, khususnya di kawasan bandar padat atau bangunan lama.

Selain robot pengecas, CATL turut giat membangunkan pelbagai teknologi lain termasuk bateri pengecasan pantas dan sistem penukaran bateri.

Jika berjaya dikomersialkan secara meluas, robot pengecas ini ibarat ‘power bank’ bergerak yang mudah diakses pengguna EV. Malah, mungkin ini adalah penyelesaian terhadap penggunaan pengecas EV di kondominium di mana kebanyakannya tidak boleh memasang pengecas sendiri (buat masa sekarang).

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi
  • BYD Perkenal Bateri Bilah 2.0 Dan Pengecas EV 1,500 kW

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY