Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Perkenal Bateri Bilah 2.0 Dan Pengecas EV 1,500 kW

BYD Perkenal Bateri Bilah 2.0 Dan Pengecas EV 1,500 kW

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas enam tahun penyelidikan, BYD memperkenalkan Bateri Bilah 2.0 bersama dengan sistem pengecasan ultra pantas FLASH Charger 1,500kW.

BYD berkata, bateri generasi baharu ini menawarkan ketumpatan tenaga 5% lebih tinggi, jangka hayat lebih panjang, serta keupayaan pengecasan pantas.

Teknologi seperti FlashPass Ion Transport System dan lapisan SEI baharu menjadikan bateri lebih stabil, tahan lama, membolehkan kenderaan elektrik (EV) mampu mencapai jarak lebih 1,000 km setiap cas.

Dari segi keselamatan, Bateri Bilah 2.0 lulus ujian ekstrem termasuk penembusan paku dan suhu melebihi 700°C tanpa kebakaran atau letupan.

BYD FLASH Charger
BYD FLASH Charger.

Menerusi pengecas FLASH Charger pula, BYD menyatakan komitmen mereka dalam usaha menjadikan pengalaman mengecas EV semudah mengisi minyak.

Ia selepas BYD mendakwa pengecas EV baharu ini mampu menghantar sehingga 1,500 kW, membolehkan cas bateri EV dari 10% ke 70% hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja, manakala pengecasan bateri sehingga hampir penuh mampu dibuat dalam masa 9 minit.

BYD memaklumkan, sebanyak 4,239 stesen FLASH Charger  telah dipasang di seluruh China (sehingga 5 Mac 2026) dan mereka merancang untuk membina sebanyak 20,000 stesen pengecasan menjelang akhir 2026, selain memperluas ke pasaran global.

Model EV pertama di Eropah yang akan menggunakan teknologi ini ialah DENZA Z9GT.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • BYD Dakwa Telah Mengurangkan Lebih 128 Bilion Kg Pelepasan Karbon
  • Nothing Phone (4a) Rasmi, Model Pro Dengan Unibody Aluminium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY