Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iCloud_featured image

UK Dilapor Akan Tarik Balik Tuntutan Akses ‘Pintu Belakang’ iCloud

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan UK dilaporkan bakal menarik balik rancangannya untuk memaksa Apple memberikan akses ‘pintu belakang’ kepada data pengguna yang dilindungi melalui sistem penyulitan iCloud.

Namun, kemenangan ini bukan hasil keputusan mahkamah atau perubahan pendirian kerajaan terhadap isu privasi. Sebaliknya, ia berlaku selepas tekanan berterusan daripada kerajaan Amerika Syarikat dalam rundingan perdagangan antara kedua-dua negara.

Beberapa pegawai UK yang enggan dinamakan memberitahu Financial Times bahawa kerajaan UK kini berada dalam keadaan tersepit dan sedang mencari jalan keluar untuk mengatasinya.

“Home Office sebenarnya terpaksa mengalah,” kata salah seorang pegawai, sambil menambah bahawa Naib Presiden AS JD Vance antara yang paling lantang menentang tuntutan UK yang mungkin melanggar Cloud Act antara kedua-dua negara.

Amerika memang sangat tegas dalam hal ini – mereka tak mahu kami campur tangan dengan syarikat teknologi mereka.

Seorang lagi pegawai menyuarakan perkara sama, menjelaskan bahawa UK tidak mahu terlalu mendesak dalam hal yang mungkin dianggap Naib Presiden AS sebagai isu kebebasan bersuara.

Untuk rekod, kerajaan UK pada Januari lalu telah mengeluarkan arahan sulit yang menuntut Apple menyediakan ‘pintu belakang’ kepada sistem penyulitan mereka, bagi membolehkan kerajaan mengakses fail yang dimuat naik oleh pengguna di seluruh dunia.

Sebagai respons, Apple menghentikan ciri Advanced Data Protection yang menawarkan penyulitan penuh untuk storan iCloud kepada pengguna di UK, selain memfailkan rayuan terhadap arahan tersebut.

Pada April, Apple meraih kemenangan awal apabila mahkamah membenarkan syarikat itu bercakap secara terbuka mengenai kes tersebut.

Berkaitan

  • UK Diam-Diam Arah Apple Beri Akses Penuh iCloud Pengguna - Ini Makna Dan Kesannya
  • Ahli Kongres AS Gesa Tindakan Terhadap Perintah UK Untuk Akses iCloud
  • Apple Terpaksa Matikan Ciri Penyulitan Hujung ke Hujung iCloud Di UK
  • Apple Kemuka Rayuan, Tolak Perintah UK Untuk Akses ‘Pintu Belakang’ iCloud
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY