Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iCloud_featured image

Apple Kemuka Rayuan, Tolak Perintah UK Untuk Akses ‘Pintu Belakang’ iCloud

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple mengemukakan rayuan kepada Tribunal Kuasa Penyiasatan bagi membatalkan tuntutan kerajaan UK yang mengarahkannya mencipta “pintu belakang” untuk akses kepada data iCloud yang disulitkan, lapor Financial Times pada Selasa dengan memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

Pada awal tahun ini, kerajaan UK telah mengarahkan Apple untuk memberikan akses rahsia kepada data pengguna yang disulitkan dan dimuat naik ke iCloud di seluruh dunia melalui penciptaan “pintu belakang”.

Arahan tersebut berlandaskan Akta Kuasa Siasatan (IPA) 2016, namun Apple enggan mematuhinya.

Sebaliknya, Apple telah mematikan ciri Advanced Data Protection (ADP) di UK – satu langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini sebagai respons terhadap tuntutan kerajaan UK.

Buat pengetahuan, ADP direka untuk menyediakan penyulitan hujung ke hujung bagi pelbagai kategori data yang disimpan di iCloud oleh pengguna iPhone, iPad dan Mac. Sebagai ciri pilihan (opt-in), pengaktifannya memastikan data tersebut tidak dapat dinyahsulit oleh sesiapa pun, termasuk Apple sendiri.

Sebelum ini, Apple secara jelas menyatakan bahawa ia lebih rela menarik balik ciri ‌iCloud‌ di UK daripada menjejaskan keselamatan penggunanya.

Walaupun setakat ini hanya ADP yang terkesan, langkah itu berpotensi membawa kepada penarikan ciri utama lain seperti FaceTime dan iMessage di negara tersebut.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • UK Diam-Diam Arah Apple Beri Akses Penuh iCloud Pengguna - Ini Makna Dan Kesannya
  • Ahli Kongres AS Gesa Tindakan Terhadap Perintah UK Untuk Akses iCloud
  • Apple Terpaksa Matikan Ciri Penyulitan Hujung ke Hujung iCloud Di UK

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY