Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Apple Terpaksa Matikan Ciri Penyulitan Hujung ke Hujung iCloud Di UK

Diterbitkan Februari 24, 2025 ยท Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna di UK masih tidak dapat lagi menggunakan ciri penyulitan hujung ke hujung Apple iCloud setakat ini.

Ia ekoran Apple terpaksa menghentikan ciri Advanced Data Protection (ADP) di UK selepas menerima arahan di bawah Akta Kuasa Penyiasatan 2016, yang menghendaki syarikat memberi akses kepada data pengguna, termasuk yang telah disulitkan.

Dalam kenyataannya, Apple menjelaskan bahawa ciri ADP tidak lagi tersedia untuk pengguna baharu di UK.

Apple di laman Privasi mereka telah menegaskan bahawa mereka tidak pernah membina pintu belakang atau kunci utama untuk produk atau perkhidmatannya dan tidak akan melakukannya.

Apple menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan ini, terutama ketika ancaman pelanggaran data semakin meningkat.

“Apple tidak pernah mencipta pintu belakang atau kunci induk kepada mana-mana produk atau perkhidmatan kami. Kami juga tidak pernah membenarkan sebarang akses langsung kerajaan kepada pelayan Apple. Dan kami tidak akan pernah melakukannya.”

Walaupun bukan ciri lalai (default), ADP memberikan lapisan keselamatan tambahan dengan menggunakan penyulitan hujung ke hujung, menjadikannya mustahil bagi sesiapa, termasuk Apple, untuk mengakses data pengguna.

Lebih 100 organisasi masyarakat, syarikat teknologi, dan pakar keselamatan siber telah meminta kerajaan UK membatalkan arahan ini, tetapi tidak berjaya.

https://x.com/globalencrypt/status/1890049663098613865

Bagaimanapun, Apple memastikan bahawa kategori data iCloud yang telah disulitkan secara lalai seperti data kesihatan, kata laluan, mesej iCloud, dan transaksi Apple Card masih dilindungi.

Perkhidmatan komunikasi seperti iMessage dan FaceTime juga kekal dengan penyulitan hujung ke hujung, termasuk di UK.

Bagi pengguna ADP sedia ada, Apple akan memberikan panduan lanjut mengenai langkah seterusnya.

Namun, pengguna UK tidak akan mendapat perlindungan penyulitan penuh untuk iCloud Backup, iCloud Drive, Foto, Nota, Peringatan, Penanda Halaman Safari, Pintasan Siri, Memo Suara, Wallet Passes, dan Freeform.

Apple menegaskan bahawa mereka komited terhadap keselamatan data pengguna dan berharap dapat meneruskan perlindungan ini di UK pada masa hadapan.

Berkaitan

  • UK Diam-Diam Arah Apple Beri Akses Penuh iCloud Pengguna - Ini Makna Dan Kesannya
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Apple Perkenal Modem 5G Pertama Rekaan Sendiri - C1

Sumber: TechRadar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY