Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iCloud_featured image

UK Diam-Diam Arah Apple Beri Akses Penuh iCloud Pengguna – Ini Makna Dan Kesannya

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 22, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan Britain secara diam-diam telah mengarahkan Apple untuk memberikan akses penuh kepada semua kandungan pengguna yang disulitkan (encrypted) dan dimuat naik ke iCloud.

Menurut laporan The Washington Post, perintah yang tidak didedahkan itu telah dikeluarkan bulan lalu dan mengarahkan Apple untuk memberikan akses di bawah Akta Kuasa Siasatan UK (IPA) 2016.

Ia memerlukan Apple membuka ‘pintu belakang’ yang membolehkan pegawai keselamatan UK mendapat akses penuh tanpa halangan kepada mana-mana data pengguna yang disulitkan di seluruh dunia, dan bukannya akses kepada akaun pengguna UK sahaja.

Undang-undang itu, yang sering digelar sebagai “Snooper’s Charter” oleh pengkritik, memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk memaksa syarikat membantu dalam pengumpulan bukti apabila diperlukan.

Sandaran iCloud disulitkan vs. perintah UK

Sandaran iCloud Apple tidak disulitkan secara default, namun pilihan Perlindungan Data Lanjutan telah diperkenalkan pada tahun 2022 dan perlu diaktifkan secara manual.

Ciri ini membolehkan pengguna memilih untuk menyulitkan pelbagai kategori data iCloud secara hujung ke hujung, termasuk sandaran Photos, Note, Voice Memo dan banyak lagi. Penyulitan ini memastikan data pengguna tidak dapat diakses oleh sesiapa – termasuk Apple sendiri.

Sebagai respons kepada perintah tersebut, Apple berkemungkinan akan menghentikan tawaran Perlindungan Data Lanjutan di UK daripada melanggar janji privasi dan keselamatan yang diberikan kepada penggunanya.

Namun, langkah itu masih tidak menjejaskan permintaan UK untuk mendapatkan akses penuh kepada fail yang dikongsi oleh pengguna di seluruh dunia.

Rayuan

UK dilapor telah menyerahkan dokumen “notis keupayaan teknikal” kepada Apple, yang menetapkan bahawa sebarang pendedahan mengenai tuntutan kerajaan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Selain itu, sekiranya Apple bersetuju dengan permintaan UK, syarikat itu nampaknya tidak dibenarkan untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa perkhidmatan penyulitannya tidak lagi sepenuhnya selamat.

Apple mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap notis tersebut berdasarkan kos pelaksanaannya dan sama ada permintaan itu sepadan dengan keperluan keselamatan. Namun, sebarang rayuan tidak akan menangguhkan pelaksanaan perintah asal.

Negara lain mungkin tuntut hak sama

Jika Apple memberikan akses kepada kerajaan UK terhadap data yang disulitkan, negara lain seperti Amerika Syarikat dan China berkemungkinan akan mengambil peluang untuk menuntut hak yang sama.

Malah, syarikat teknologi lain juga hampir pasti akan menghadapi permintaan serupa selepas ini.

Lanjutan itu, Apple perlu mengambil keputusan yang tepat sama ada untuk mematuhi permintaan tersebut atau menghentikan perkhidmatan penyulitan sepenuhnya.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu
  • Apple Akan Padam Data 'Backup' Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu
  • Apple Disaman $1.2 Bilion Kerana Batalkan Rancangan Pengesanan CSAM Dalam iCloud

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY