Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
icloud_featured image 2 (1)

Ahli Kongres AS Gesa Tindakan Terhadap Perintah UK Untuk Akses iCloud

Diterbitkan Februari 14, 2025 ยท Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Ahli Kongres menggesa Pengarah Perisikan baharu Amerika Syarikat untuk mendesak United Kingdom menarik balik tuntutan kontroversi mereka terhadap Apple, yang meminta syarikat itu memberikan akses penuh kepada data iCloud yang disulitkan, menurut laporan The Washington Post.

Minggu lalu, Washington Post mendedahkan bahawa satu perintah rahsia daripada UK, telah mengarahkan Apple untuk menyediakan akses kepada data yang dilindungi oleh ciri Perlindungan Data Lanjutan, yang menawarkan penyulitan hujung ke hujung bagi storan iCloud.

Perintah ini terpakai secara global dan berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia.

Risiko privasi pengguna

Susulan pendedahan itu, Senator Ron Wyden dan Wakil Rakyat Andy Biggs telah menghantar surat kepada Pengarah Perisikan AS Tulsi Gabbard, bagi memberi amaran bahawa perintah itu boleh menimbulkan risiko besar terhadap privasi dan keselamatan warga Amerika.

Jika Apple dipaksa untuk membina pintu belakang dalam produknya, pintu belakang itu akhirnya akan wujud dalam telefon, tablet, dan komputer milik warga Amerika.

Penggubal undang-undang itu turut membangkitkan kebimbangan mengenai pintu belakang yang diwujudkan untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang boleh dieksploitasi oleh pihak berniat jahat.

Desak UK tarik balik

Kedua-duanya mencadangkan bahawa jika UK enggan menarik balik perintah tersebut, AS wajar mempertimbangkan untuk mengehadkan perkongsian risikan dan kerjasama keselamatan siber antara kedua-dua negara.

Kerajaan AS tidak boleh membenarkan serangan siber asing yang dijalankan melalui cara politik. Sekiranya UK tidak segera membatalkan usaha berbahaya ini, kami menggesa anda untuk menilai semula kerjasama dan program keselamatan siber antara AS dan UK, serta perkongsian risikan antara kedua-dua negara.

Apple sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka lebih rela menarik balik perkhidmatannya untuk pasaran UK, daripada melemahkan ciri keselamatan sedia ada.

Syarikat itu boleh mengemukakan rayuan terhadap tuntutan kerajaan, namun tidak dibenarkan menangguhkan pelaksanaan perubahan yang diminta.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Apple Akan Padam Data 'Backup' Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu
  • Apple Disaman $1.2 Bilion Kerana Batalkan Rancangan Pengesanan CSAM Dalam iCloud
  • UK Diam-Diam Arah Apple Beri Akses Penuh iCloud Pengguna - Ini Makna Dan Kesannya

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY