Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iCloud_

UK Batal Bina “Pintu Belakang” Mengakses Data Pengguna iCloud

Diterbitkan Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan UK akhirnya menarik balik tuntutannya ke atas Apple untuk mengakses  data pengguna iCloud yang disulitkan di mana permintaan itu sebelum ini telah menimbulkan ketegangan dengan Amerika Syarikat.

Permintaan itu melibatkan pembinaan “pintu belakang” ke dalam sistem Apple bagi membolehkan pihak berkuasa negara itu mengakses data pengguna Apple jika diperlukan.

Apple sebelum ini telah menghentikan ciri Advanced Data Protection (ADP) di UK, yang menawarkan penyulitan hujung-ke-hujung untuk kandungan iCloud.

Permintaan itu telah dikritik kerana berpotensi melanggar hak privasi dan kebebasan sivil. AS menegaskan langkah itu boleh mendedahkan data rakyat Amerika kepada risiko penyalahgunaan.

Walaupun pihak polis berhujah penyulitan menyukarkan siasatan jenayah, kumpulan hak asasi dan pakar keselamatan memuji penyulitan sebagai benteng penting terhadap pengintipan tidak sah dan penggodaman.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999
  • Monopoli Carian Di Peranti Android, Google Setuju Bayar ~RM152 Juta

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY