Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google apps on Android phone

Monopoli Carian Di Peranti Android, Google Setuju Bayar ~RM152 Juta

Diterbitkan Ogos 21, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

Google bersetuju membayar denda US$36 juta (~RM152 juta) selepas mengaku salah membuat perjanjian anti-persaingan dengan Telstra dan Optus untuk memasang enjin carian Google sahaja pada telefon Android antara Disember 2019 hingga Mac 2021.

Sebagai balasan perjanjian itu, kedua-dua telco tersebut akan menerima bahagian hasil iklannya.

Suruhanjaya Persaingan Australia menyatakan perjanjian itu mengurangkan pilihan pengguna dan menjejaskan persaingan.

Google telah mengaku salah dan berkata mereka berbesar hati telah menyelesaikan kebimbangan mengenai peruntukan tersebut dengan menambah bahawa ia tidak lagi terdapat dalam perjanjian komersialnya untuk “beberapa waktu”.

“Kami komited untuk memberikan kepada pengeluar peranti Android lebih fleksibiliti untuk memuatkan pelayar dan aplikasi pencarian,” jurucakap Google.

Telstra dan Optus juga berjanji tidak lagi membuat perjanjian seumpama itu.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999
  • Google Pixel Buds Terbaru Kini Dengan Ciri ANC, Harga RM649

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY