UGREEN hari ini melancarkan siri pengecas magnetik baharu, MagFlow dengan sokongan Qi2 25W baharu di Malaysia.
Siri ini menyokong piawaian Qi2 terbuka dengan kuasa 25W, serta serasi dengan peranti Android dan iPhone.
Sebanyak 5 pengecas dalam siri MagFlow ini ditawarkan yang dilengkapi dengan teknologi SmartCharge serta magnet berkuasa tinggi untuk pengecasan lebih selamat, stabil, dan pantas;
- MagFlow Magnetic Power Bank 10000mAh 25W (RM209) – mengecas iPhone 16 Pro Max sehingga 50% dalam 30 minit, sokongan pengecasan serentak tiga peranti, kabel USB-C 30W terbina dalam, serta 13 lapisan perlindungan keselamatan.
- MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W (RM209) – mengecas iPhone & AirPods serentak dengan reka bentuk boleh lipat pelbagai sudut.
- MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W (RM199) – hadir dengan rekaan menjimatkan ruang.

- MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W (RM499) – untuk meja kerja/katil dengan asas berat, sokongan laras 70°, dan pengecasan serentak iPhone, Apple Watch, serta AirPods.

- MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W (RM129) – pad pengecas minimalis nipis dengan kuasa penuh Qi2 25W.

Kesemua produk kini sudah tersedia di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop. Beli barisan produk UGREEN dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/clmxybt
- Lazada – https://invl.me/clmxybq
{suggest}