Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia

Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia

Diterbitkan September 4, 2025 · Dikemas kini September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Hari ini secara rasminya, kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama milik Proton akhirnya dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Kilang EV pertama Malaysia ini yang terletak di Tanjung Malim, Perak akan beroperasi dengan pengeluaran berskala penuh dalam September ini, bermula dengan model Proton e.MAS 7 dan  diikuti Proton e.MAS 5, EV mampu milik yang sedang dipromosikan melalui jelajah seluruh negara.

Kilang EV Proton

Kilang ini menggunakan Global Modular Architecture (GMA), dengan kapasiti asas 20,000 unit setahun yang boleh ditingkatkan kepada 45,000 unit setahun berdasarkan permintaan tempatan dan eksport.

Reka bentuk fleksibel kilang membolehkan pengeluaran pelbagai model, dengan sistem digital seperti Manufacturing Execution System (MES) dan Warehouse Management System (WMS) yang sudah dipasang bagi menyokong pengembangan masa depan.

Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia

Antara kejayaan utama yang dicapai kilang ini ialah percubaan Machine Try Out (MTO) untuk menguji badan kereta pertama, memastikan kesediaan peralatan sebelum pelancaran.

PROTON turut melatih lebih 30 pekerja teknikal dan operasi menjelang September, dengan sasaran mewujudkan 200 pekerjaan baharu dalam bidang perindustrian EV.

Malah, PROTON turut bekerjasama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan memberikan input silibus teknikal dan menyokong inisiatif latihan praktikal.

Kilang EV Proton

Berbeza dengan kilang kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), fasiliti baharu ini mempunyai zon khusus untuk pemasangan bateri, keselamatan voltan tinggi, dan ujian elektrik.

Dengan sokongan teknikal dan latihan antarabangsa daripada Geely, kilang ini dibangunkan mengikut piawaian global, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap EV serantau.

proton eMAS 7
Proton eMas 5

Wan Yousry, Ketua Kejuruteraan Pembuatan PROTON, menyatakan kilang ini menjadi simbol transformasi PROTON dan komitmen ke arah masa depan lestari serta berteknologi tinggi, sambil membuka laluan bagi pengembangan EV ke pasaran luar negara.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • EV Diiktiraf Paling Mesra Alam Sepanjang Hayatnya - Kajian
  • Singapura Bakal Terima Hidrogen Hijau Dari Sarawak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY