Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_featured

U Mobile Tawar U Biz Bundles, Pakej Digital Lengkap Untuk PKS Malaysia

Diterbitkan Ogos 5, 2025 oleh Amsyar Latif

U Mobile baru saja melancarkan U Biz Bundles, satu siri pakej digital khusus untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Inisiatif ini disokong oleh Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) di bawah kerajaan, membolehkan PKS dapat diskaun 50% atau sehingga RM5,000 untuk langganan selama setahun.

Apa yang membezakan U Biz Bundles adalah gabungan rangkaian 5G berkelajuan tinggi, peranti 5G percuma, dan ciri keselamatan siber berlapis.

Tiga pilihan utama ditawarkan:

  • 5G Office Secure – Fokus pada sambungan jalur lebar dan keselamatan asas.
  • U Biz Secure – Sesuai untuk pasukan kecil dengan lima talian dan dua telefon 5G.
  • U Biz Secure+ – Gabungan kedua-duanya, pakej paling lengkap untuk bisnes.

Ketua Pegawai Perniagaan U Mobile, Neil Tomkinson, menekankan kepentingan keselamatan siber dalam transformasi digital dan yakin inisiatif ini dapat mempercepatkan matlamat negara digital.

PKS yang berminat boleh semak kelayakan dan mohon terus di laman rasmi U Mobile.

Berkaitan

  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • U Mobile Guna Infrastruktur MICTH Untuk Percepat Rangkaian 5G Kedua Di Melaka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY