Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile TM

U Mobile, TM Mula Mesyuarat Pertama Kerjasama 5G – Perjanjian Sedang Dimuktamadkan

Diterbitkan April 8, 2026 · Dikemas kini April 8, 2026 oleh Amalina Athman

U Mobile baru-baru ini mengadakan mesyuarat permulaan bagi projek kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM), susulan pemeteraian perjanjian borong 5G selama tiga tahun pada Februari 2026.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen berkata kedua-dua pihak sedang memuktamadkan perjanjian itu, dan syarikat berada di landasan tepat untuk menyediakan rangkaian 5G kepada TM.

“Kami baharu sahaja mengadakan mesyuarat permulaan pertama. Kini sedang memuktamadkan perjanjian dan kami berada di landasan yang betul untuk menyediakannya kepada TM,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran produk ULTRA5G U Mobile.

Pada 25 Februari lepas, U Mobile mengumumkan kontrak borong 5G selama tiga tahun bagi menyediakan perkhidmatan Rangkaian Teras 5G Berbilang Operator (MOCN) kepada TM.

Mengenai pengunduran daripada perjanjian pemegang saham (SHA) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) tahun lepas, Woon berkata U Mobile telah mengeluarkan satu lagi notis kepada DNB untuk menamatkan rangkaiannya secara berperingkat, dan akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai.

Dalam perkembangan berkaitan, U Mobile kini mencapai lebih 80% liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pencapaian itu direkodkan setakat akhir Mac 2026, tiga bulan lebih awal daripada jadual asal 12 bulan.

Syarikat telekomunikasi itu turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Pelancaran 5G Terpantas, selain diiktiraf sebagai Rangkaian 5G Terpantas di Malaysia oleh Ookla dan Ketersediaan 5G Terbaik oleh Opensignal.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • Notis Penamatan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB Sah - TM
  • Isu Kontrak TM-DNB Tidak Jejas Sasaran Liputan 5G Negara - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY