Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MBR Fastest 5G rollout

U Mobile Diiktiraf Malaysia Book of Records Bagi Pelancaran Rangkaian 5G Terpantas

Diterbitkan April 8, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh Amalina Athman

Penyedia rangkaian 5G kedua negara, U Mobile, telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi Pelancaran Rangkaian 5G Terpantas di Malaysia.

Melalui rangkaian ULTRA5G, U Mobile berjaya mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) dalam tempoh kurang daripada 9 bulan selepas pelancaran dan lebih awal tiga bulan daripada sasaran asal Julai 2026.

Selain liputan luar yang meluas, U Mobile juga sedang memperkukuhkan liputan dalam bangunan (In-Building Coverage atau IBC). Syarikat kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 175 tapak IBC menjelang Julai 2026.

MBR Fastest 5G rollout

Menurut syarikat itu, rangkaian 5G generasi baharu U Mobile direka untuk menawarkan sambungan berkelajuan tinggi, kependaman rendah (low latency) dan boleh dipercayai di seluruh negara, menyokong permintaan data yang meningkat serta memastikan pengalaman pengguna yang lancar.

Selain dilengkapi teknologi 5G-A yang canggih, rangkaian 5G U Mobile turut menawarkan tahap keselamatan yang tinggi. Ia merupakan telco pertama di Malaysia yang mempunyai firewall suara dan SMS berasaskan rangkaian.

Sehingga kini, U Mobile telah menyekat lebih 390 juta panggilan penipuan dan SMS palsu daripada sampai kepada pengguna.

Tidak lama lagi, syarikat itu juga akan menjadi telco pertama di Malaysia yang memperkenalkan SECaaS (Security as a Service) tertanam dalam rangkaian (network-embedded SECaaS).

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia
  • U Mobile Perkenal Pelan Pascabayar ULTRA - Serendah RM45/Bulan Untuk 500GB Data
  • U Mobile Kini Tawar Pelan Prabayar ULTRA Dengan Kelajuan Tanpa Had

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY