Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

U Mobile Sekat Lebih 265 Juta Panggilan ‘Scam’, SMS Palsu

Diterbitkan Disember 29, 2025 · Dikemas kini Disember 29, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile menjadi syarikat telekomunikasi (telco) pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan ‘scam’ berskala penuh merentasi seluruh rangkaiannya.

Sehingga Disember 2025, U Mobile telah menyekat lebih 265 juta percubaan panggilan penipuan dan SMS palsu merentasi rangkaian 4G dan 5G.

Inisiatif yang beroperasi sepenuhnya sejak Februari 2025 ini dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Cellusys, penyedia penyelesaian keselamatan isyarat rangkaian, perayauan dan analitik. Ia menggunakan teknologi Unified Signalling, SMS dan Voice Firewall yang menapis semua panggilan serta SMS masuk sebelum sampai ke peranti pelanggan.

Pendekatan ini membolehkan U Mobile menyekat pelbagai ancaman termasuk panggilan yang menyamar sebagai agensi kerajaan dan institusi kewangan, serangan smishing, pemalsuan identiti pemanggil serta kempen penipuan berskala besar, lebih awal berbanding tapisan biasa di peringkat peranti.

“Seiring peluasan rangkaian 5G generasi baharu kami ke seluruh negara, keselamatan kekal sebagai keutamaan teras kerana ketersambungan yang boleh dipercayai adalah penting untuk ekonomi digital Malaysia yang berdaya tahan,” kata Woon Ooi Yuen, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile.

Menurut Global Anti-Scam Alliance, 73% rakyat Malaysia melaporkan pernah menerima panggilan penipuan dan SMS palsu, antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan scam, layari u.com.my/scam-awareness.

Berkaitan

  • U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo - RM58/Bulan, Tiada FUP
  • U Mobile Kini Tawar Akses Borong 5G & 4G - Eastel Jadi MVNO Terawal
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Rangkaian 5G Kedua U Mobile Cecah 58.2%, 2976 Tapak Dinaik Taraf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY