Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Home Fibre_

U Mobile Perkenal U Home Fibre Baharu, Langganan Sedia Ada Turun Harga

Diterbitkan Disember 19, 2023 · Dikemas kini Disember 18, 2023 oleh Amalina Athman

U Mobile hari ini mengumumkan bahawa pelan jalur lebar U Home Fibre (sebelum ini dikenali Ultra Unlimited Home Fibre) kini tersedia untuk lebih 1.3 juta rumah tambahan, terutamanya di bangunan bertingkat tinggi di sepanjang pantai Barat Semenanjung Malaysia, dengan memanfaatkan infrastruktur Time.

Selain itu, U Mobile turut mengumumkan penurunan harga bagi langganan pelan jalur lebar sedia ada. 

Berkaitan

  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
  • CelcomDigi Tawar Pelan 5G Home WiFi Tanpa Kontrak - RM99/Bulan, Kuota Internet 1TB
  • Maxis Beri Naik Taraf Kelajuan Percuma Dan Pelan Fiber Baharu Serendah RM89
  • U Mobile Lancar Pelan 5G Serendah RM15, Khas Untuk Borneo

Berikut merupakan harga baharu bagi langganan pelan U Home Fibre:

  • 100Mbps – ̶R̶M̶1̶2̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM99/bulan
  • 500Mbps – ̶R̶M̶1̶9̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM159/bulan
  • 1Gbps – ̶R̶M̶2̶9̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM289/bulan

Dalam pada itu, U Mobile turut memperkenal pelan U Home Fibre baharu bagi kelajuan 300Mbps pada harga RM139.

Sebagai tambahan, potongan rebat sebanyak RM20 untuk yuran bulanan bagi semua pelan U Home Fibre selama 24 bulan akan diberikan kepada pelanggan baharu yang mendaftar antara 19 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024.

Sebagi contoh, jika mendaftar pelan U Home Fibre 100Mbps semasa tempoh promosi, pengguna hanya perlu membayar RM79/bulan (harga asal RM99/bulan) untuk tempoh 24 bulan.

U Home Fibre KV – BM

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai U Home Fibre, termasuk harga promosi dan kawasan liputan, layari u.com.my.

Sumber: Siaran Media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY