Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Umobile Borneo_1

U Mobile Lancar Pelan 5G Serendah RM15, Khas Untuk Borneo

Diterbitkan Disember 1, 2023 · Dikemas kini Disember 1, 2023 oleh Amalina Athman

U Mobile kini melancarkan pelan prabayar dan pascabayar 5G Borneo baharu untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan – serendah RM15/bulan.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • U Mobile, 'Telco' Malaysia Pertama Yang Komited Jaga Alam Sekitar

Terdapat tiga pilihan pelan yang tersedia, iaitu U Postpaid Borneo 38, U Postpaid Borneo 68 dan U Prepaid Borneo 20.

Pelan Prabayar

Bagi anda yang mencari pelan prabayar, U Mobile menawarkan U Prepaid Borneo 20 pada harga promosi serendah RM15/bulan untuk data 5G sebanyak 2,000GB dan data 4G 120GB tanpa sebarang sekatan kelajuan.

Umobile Borneo_2

Selain itu, pelan ini juga menyediakan hotspot dan panggilan tanpa had.

Pelan Pascabayar

Untuk pelan pascabayar, terdapat dua pilihan pelan yang tersedia. Bagi pelan U Prepaid Borneo 38, ia tersedia pada harga promosi RM28/bulan. Pelan ini memberikan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, serta hotspot dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih tempatan.

Umobile Borneo_3

Sementara itu, untuk mendapatkan peranti 5G terkini secara percuma, pengguna boleh melanggan U Postpaid Borneo 68. Pelan yang berharga RM68 sebulan ini menawarkan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had serta hotspot dan juga panggilan tanpa had.

Sebagai tambahan, pelanggan U Postpaid Borneo 68 juga akan mendapat data sebanyak 200GB sebulan bagi perayauan (roaming) di tiga buah negara – Singapura, Indonesia dan Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran pelan U Mobile terkini di Borneo, layari laman www.u.com.my/borneo.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY