Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi TV

Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

TM kini dilapor akan mengurangkan harga langganan internet fibre Unifi berikutan pelaksanaan Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP). Dengan pelaksanaan harga baharu, 100Mbps kini merupakan pelan langganan asas internet fibre Unifi.

Berkaitan

  • Pelanggan Unifi 1Gbps Dan 2Gbps Kini Boleh Tonton Netflix Tapi Harga Pun Dah Lain

Berikut merupakan senarai harga baharu internet jalur lebar Unifi:

  • Unifi 100Mbps – ̶R̶M̶1̶2̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM99/bulan
  • Unifi 300Mbps –  ̶R̶M̶1̶4̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM139/bulan
  • Unifi 500Mbps – ̶R̶M̶2̶0̶9̶/̶b̶u̶l̶a̶n̶ RM159/bulan
  • Unifi 1Gbps – RM289/bulan
  • Unifi 2Gbps – RM319/bulan

Dalam tempoh yang terhad, TM turut menawarkan pelan 100Mbps pada harga RM89/sebulan. Dengan harga langganan baharu ini juga bermakna tiada lagi pelan 30Mbps.

Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
Kredit: SoyaCincau

Pelanggan sedia ada terima naik taraf percuma

Berita baik buat pelanggan sedia ada, TM turut menawarkan naik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi secara percuma. Namun, difahamkan ia tertakluk kepada infrastruktur rangkaian dan teknologi yang tersedia di kawasan pengguna.

Berikut adalah senarai naik taraf percuma mengikut langganan semasa:

  • 30Mbps > 100Mbps
  • 100Mbps > 300Mbps
  • 300Mbps > 500Mbps
  • 500Mbps > 800Mbps
  • 800Mbps > 1Gbps

Semua pelanggan sedia ada (kecuali pelan 2Gbps dan Rahmah), akan menerima naik taraf percuma sama ada masih dalam kontrak atau tidak. Selain itu, pengguna yang tidak lagi terikat dengan kontrak juga boleh mengekalkan kelajuan sedia ada pada harga langganan lebih murah, tanpa dikenakan sebarang penalti.

TM menyatakan proses naik taraf ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Oktober 2023 hingga Julai 2024.

Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
Kredit: SoyaCincau

Sementara itu, masih belum jelas jika naik taraf percuma akan disekalikan dengan penghala Wi-Fi 6 (bagi yang perlu membuat penukaran) atau sebaliknya. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi TM kelak.

Sumber: SoyaCincau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY