Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi 5G Home WiFi

CelcomDigi Tawar Pelan 5G Home WiFi Tanpa Kontrak – RM99/Bulan, Kuota Internet 1TB

Diterbitkan Oktober 24, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

CelcomDigi pada Ogos lalu telah memperkenal pelan 5G Home WiFi, dengan menawarkan penghala (router) 5G dan internet tanpa had pada harga RM199 sebulan (harga promosi RM149/bulan).

Kini, ia hadir dengan versi yang lebih murah dan tanpa kontrak.

Berkaitan

  • 5G CelcomDigi Kuasakan Gudang AI Pertama Di Malaysia
  • Gantikan Logo Lama, CelcomDigi Perkenal Logo Baru

Melalui 5G Home WiFi baharu, CelcomDigi menyediakan pelan tanpa penghala 5G pada harga promosi RM99/bulan. Ini bermakna, pengguna hanya akan mendapat kad SIM, manakala penghala perlu disediakan sendiri.

Pengguna juga tidak perlu terikat dengan kontrak, selain hanya perlu membayar pendahuluan sebanyak RM99, iaitu berdasarkan bayaran bulanan.

CelcomDigi 5g Home WiFi

Walaupun dinyatakan pelan internet “tanpa had”, namun seperti biasa ia hadir dengan FUP (Fair Usage Policy). Setelah mencapai had kuota 1000GB atau 1TB, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga kitaran bil seterusnya.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli kuota internet tambahan secara harian atau bulanan, pada harga RM10 hingga RM70.

CelcomDigi 5g Home WiFi_2

Perlu diketahui, sekiranya kediaman anda tidak mendapat capaian 5G, ia akan disambungkan ke rangkaian 4G. Untuk mengetahui jika kawasan anda mendapat liputan 5G, semakan boleh dilakukan melalui pautan INI atau lawati cawangan Celcom & Digi Stores terdekat.

Sementara itu, untuk maklumat lanjut mengenai pelan tanpa penghala atau pelan 5G Home WiFi dengan penghala, lawati laman rasmi CelcomDigi.

Sumber: CelcomDigi (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY