Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
All-new Maxis Home Fibre plans up to 2Gbps

Maxis Beri Naik Taraf Kelajuan Percuma Dan Pelan Fiber Baharu Serendah RM89

Diterbitkan Oktober 27, 2023 · Dikemas kini Oktober 27, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena pelancaran pelan-pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu berkelajuan sehingga 2Gbps, pelanggan Maxis Home Fibre baharu akan menikmati harga promosi untuk 24 bulan yang pertama.

Ini termasuk penghala WiFi 6 generasi baharu, pemasangan dan pemilikan peranti rumah yang lebih mudah melalui Home Zerolution untuk pengalaman WiFi yang terbaik.

Tambahan lagi, pelan Maxis Home Fibre 1Gbps baharu akan disertakan dengan langganan WiFi Max percuma yang memastikan liputan WiFi dinding ke dinding di dalam rumah anda.

Pelan serba baharu Maxis Business Fibre juga disertakan dengan penghala WiFi 6 generasi baharu percuma dan talian suara dengan panggilan domestik tanpa had. Di samping itu, pelan 300Mbps dan ke atas juga menyediakan jaringan WiFi percuma, untuk liputan lebih meluas di dalam premis perniagaan.

Pelanggan Maxis boleh menikmati pelan-pelan yang berikut bermula hari ini:

Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu

Maxis juga memaklumkan, pelanggan Maxis Home Fibre sedia ada, pada pelan dari 100Mbps ke atas akan layak menerima naik taraf kelajuan percuma yang akan membolehkan anda menikmati kelajuan yang lebih tinggi dengan nilai yang lebih baik.

Pihak Maxis akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut mengenai perkara ini pada November 2023 nanti (peningkatan kelajuan percuma ini akan ditawarkan kepada anda tanpa kontrak baru. Jika anda sedang dalam kontrak, kontrak anda akan diteruskan.)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk Soalan Lazim Maxis Fibre.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu, layari www.maxis.com.my.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY