Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOGO design (4)

U Mobile Perkenal Pelan Pascabayar ULTRA – Serendah RM45/Bulan Untuk 500GB Data

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh Amalina Athman

U Mobile kini memperkenalkan pelan pascabayar ULTRA baharu, iaitu ULTRA Postpaid 45, ULTRA Postpaid 68 dan ULTRA Global 98, yang dikuasakan ULTRA5G.

Pada harga RM45 sebulan, ULTRA Postpaid 45 didatangkan dengan 500GB data dan hotspot yang dikongsi bersama kuota data, panggilan suara tanpa had, satu pas ULTRA5G Priority, 6 bulan ULTRA WatchShare serta 3 bulan Ultra Security Pro yang ditandakan “akan datang”.

Sementara itu, pelan ULTRA Postpaid 68 berharga RM68/bulan termasuk 1,000GB data dan hotspot, panggilan masuk percuma dan 15GB data perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand serta 2X pas ULTRA5G Priority. Ia turut menawarkan panggilan tanpa had, 6 bulan ULTRA WatchShare dan 3 bulan Ultra Security Pro. Pelan ini tersedia sebagai perkhidmatan kendiri atau dengan pakej telefon pintar.

U Mobile ULTRA Postpaid 2026_3

Bagi ULTRA Global 98, ia merangkumi 1,000GB data dan hotspot, 15GB data perayauan dan panggilan masuk percuma di lebih 60 destinasi, 3X pas ULTRA5G Priority, panggilan tanpa had, 6 bulan ULTRA WatchShare serta 3 bulan Ultra Security Pro. Sama seperti ULTRA 68, pelan berharga RM98/bulan ini turut tersedia sebagai perkhidmatan kendiri atau dengan pakej telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga pelan pascabayar baharu ini, layari laman rasmi U Mobile.

Berkaitan

  • U Mobile Perkenal U Home 5G Borneo - RM58/Bulan, Tiada FUP
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia
  • Tunku Tun Aminah Dilantik Sebagai Pengerusi U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY