Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Tunku Tun Aminah Dilantik Sebagai Pengerusi U Mobile

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh Amalina Athman

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi U Mobile berkuat kuasa 13 Mac 2026, menggantikan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang melepaskan jawatan tersebut sehari sebelumnya.

Vincent Tan kini akan memegang peranan sebagai pengasas dan penasihat Lembaga Pengarah, di mana beliau akan terus memberi bimbingan dan menyokong pertumbuhan syarikat itu.

“Perubahan terkini dalam barisan lembaga U Mobile mencerminkan komitmen syarikat untuk membina infrastruktur digital yang boleh dipercayai, berskala dan dilaksanakan mengikut jadual. Tumpuan kami adalah untuk mengukuhkan tadbir urus serta sokongan pembiayaan jangka panjang, supaya pasukan pengurusan dapat mempercepatkan pelaksanaan dan memenuhi jangkaan liputan yang ditetapkan bagi rangkaian 5G kedua negara..Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa U Mobile kini menunjukkan perkembangan yang baik dan mendahului jadual pelaksanaan,” kata Vincent Tan.

Dalam pada itu, U Mobile turut memaklumkan bahawa pegangan saham Mawar Setia dalam syarikat itu kini telah meningkat kepada lebih 50% selepas pemuktamadan perjanjian dengan Singapore Technologies Telemedia.

Perkembangan ini secara tidak langsung meningkatkan pemilikan Malaysia dan mengukuhkan lagi penyertaan domestik dalam salah satu pengendali utama bagi rangkaian mudah alih dan jalur lebar negara.

Sebagai rujukan, Mawar Setia merupakan syarikat pegangan pelaburan tempatan yang diasaskan oleh Vincent Tan bersama Tunku Tun Aminah.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • ZTE Dan U Mobile Jalin Kerjasama Memanfaatkan Rangkaian Dipacu AI
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY