Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U MOBILE 10GBPS

U Mobile Lancarkan Pelan Internet ‘Fibre’ 10Gbps Untuk Perniagaan Berharga RM1,899/bulan

Diterbitkan Ogos 21, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh ariff bukhari

U Mobile hari ini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terawal di Malaysia yang melancarkan pelan internet gentian (fibre) berkelajuan sehingga 10Gbps untuk perniagaan.

Dinamakan U Biz Fibre 10Gbps, pelan ini berharga RM1,899/bulan yang membolehkan perniagaan mengakses internet berkelajuan tinggi.

Kelajuan itu adalah sehingga 10 kali ganda lebih laju daripada kelajuan pelan gentian perniagaan standard, yang biasanya sekitar 100Mbps hingga 2Gbps sahaja.

Direka untuk perniagaan yang mengendalikan tugas intensif data atau untuk menyokong teknologi seperti AI dan media definisi tinggi, pelan U Biz Fibre 10Gbps menyediakan kelajuan ultra pantas dan lebar jalur yang besar untuk menyokong berbilang aplikasi permintaan tinggi secara serentak, memastikan operasi lancar tanpa gangguan.

U Biz Fibre 10Gbps – Key Visual (BM)

Selain itu, pelan yang sangat dipercayai ini juga tersedia Secure DNS (Domain Name System) yang dibina ke dalam perkhidmatan tanpa kos tambahan, menawarkan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran sebagai ciri nilai tambah untuk pemilik perniagaan.

Selain Secure DNS percuma, U Biz Fibre 10Gbps juga menawarkan perniagaan satu alamat IP awam tetap (untuk pelayan tunggal) secara percuma.

Perniagaan yang mempunyai berbilang pelayan boleh mendapatkan sehingga 5 alamat IP tetap dengan tambahan RM300 sebulan (harga runcit: RM500 sebulan).

U Biz Fibre 10GBps yang baru dilancarkan ini adalah peringkat tertinggi ditawar U Biz Fibre U Mobile.

Pertama kali dilancarkan pada Julai 2023, pelan U Biz Fibre yang lain termasuklah 100Mbps untuk RM79 sebulan (harga runcit: RM129), 500Mbps untuk RM99 sebulan (harga runcit: RM199) dan 1Gbps untuk RM149 sebulan (harga runcit: RM299).

U MOBILE 10GBPS 3
U MOBILE 10GBPS 2
U MOBILE 10GBPS 1
U MOBILE 10GBPS

Semua pelan U Biz Fibre datang dengan kontrak 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan Lalaport Bukit Bintang City Centre, KL Eco City dan Mid Valley Megamall dalam perancangan.

Lebih banyak lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk pelan U Biz Fibre 100Mbps, 500Mbps, dan 1Gbps, perniagaan yang berpangkalan di Berjaya Times Square akan menikmati langganan percuma selama 12 bulan, manakala perniagaan yang berpangkalan di Pavilion Damansara Heights akan menikmati langganan percuma selama 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.u.com.my/en/business/broadband/u-biz-fibre.

Saumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • U Mobile Yakin Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua
  • U Mobile Tawar iPhone Percuma Untuk 6 Bulan Pertama
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY