Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile ULTRA Postpaid 2026_8

U Mobile Kini Tawar Pelan Prabayar ULTRA Dengan Kelajuan Tanpa Had

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh Amalina Athman

Selain pelan pascabayar baharu, U Mobile turut menawarkan pelan prabayar ULTRA yang kini hadir dengan kelajuan tanpa had.

Sebelum ini, U Mobile menawarkan kelajuan antara 12Mbps hingga 1000Mbps, bergantung kepada pas prabayar yang digunakan. Kini, semua pelan prabayar ULTRA menyertakan kuota data dengan kelajuan tanpa had, serta hadir dengan pelan mingguan.

U Mobile ULTRA5G Prepaid 2026_7
Pelan prabayar baharu
U-mobile pelan prabayar 2025_
Pelan prabayar lama

Pelan ULTRA Prepaid 28 menawarkan 50GB data, 5GB hotspot, panggilan tanpa ke semua rangkaian dengan harga RM28 bagi tempoh sah 30 hari.

Sementara itu, pelan bulanan ULTRA Prepaid 38 dan ULTRA Prepaid 50 masing-masing tersedia pada harga RM38 dan RM50. ULTRA Prepaid 38 didatangkan bersama 250GB data, manakala ULTRA Prepaid 50 dengan 500GB data dan 2x Pas ULTRA5G Priority 3 jam. Kedua-duanya disertakan dengan panggilan tanpa had serta penggunaan hotspot yang boleh dikongsi bersama kuota asas.

Sebagai rujukan, ULTRA5G Priority direka untuk memberikan pengalaman mudah alih yang lebih lancar dan konsisten semasa waktu puncak atau di kawasan sesak. Selain disertakan bersama pelan terpilih, pengguna juga boleh menambah pas ini dengan harga RM2/jam atau RM5/3 jam.

U Mobile ULTRA5G Prepaid 2026_3

Berbalik kepada konteks, U Mobile turut menyediakan pelan mingguan ULTRA Weekly 10GB (RM12) dan ULTRA Weekly 20GB (RM15), serta pelan harian ULTRA Daily 1GB (RM3) dan ULTRA Daily 10GB (RM6). Kesemua pelan harian dan mingguan ini menawarkan kelajuan tanpa had dan hotspot yang boleh dikongsi bersama kuota asas.

U Mobile ULTRA5G Prepaid 2026_4

Namun begitu, pengguna perlu mempunyai pelan ULTRA Prepaid Rate untuk melanggan pelan data ULTRA Prepaid yang baharu.

Pelanggan sedia ada U Mobile yang masih menggunakan pelan kadar lama seperti  5G-Ready Prepaid, Unlimited FUNZ, Power Prepaid serta pelanggan perkhidmatan U Mobile Broadband boleh menaik taraf ke pelan ULTRA Prepaid Rate secara percuma melalui MyUMobile App atau UMB (dail *118#).

U Mobile ULTRA5G Prepaid 2026_9

Untuk pelanggan baharu, U Mobile turut menawarkan Pek Sim Prabayar ULTRA serba baharu. Berharga RM10, ia kini didatangkan dengan 20GB data kelajuan tanpa had, panggilan tanpa had serta hotspot percuma dengan tempoh sah selama 7 hari.

Layari laman rasmi U Mobile untuk butiran lanjut.

Berkaitan

  • Senarai Pelan Prabayar Dengan Sokongan eSIM
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • U Mobile Perkenal Pelan Pascabayar ULTRA - Serendah RM45/Bulan Untuk 500GB Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY