Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UMobile-Kaamatan 2024-KV

U Mobile Lancar Bas 5G Pertama Di Sabah

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

U Mobile mengumumkan kolaborasi dengan Astro Dan Grab Malaysia dengan menjadi hos acara Cara U Sabah: Kaamatan dari 27 Mei – 31 Mei 2024 yang akan memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan yang berlangsung di lokasi betul-betul bertentangan dengan Persatuan Kebudayaan Kadazan-Dusun (KDCA), di Sabah.

Sempena itu juga, U Mobile melancarkan Bas 5G yang pertama di Sabah yang akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari Imago Mall ke KDCA, dari 10 pagi – 7 malam.

Dikuasakan oleh rangkaian 5G U Mobile, bas 5G dua tingkat itu membolehkan pengunjung festival untuk menikmati 5G ultra-pantas U Mobile sepanjang perjalanan serta aktiviti seperti permainan VR, karaoke, persembahan busker secara langsung serta Dinding #OOTD yang diterangi neon.

Malah pengunjung festival yang mengambil gambar dengan #OOTD Dinding di atas bas 5G dan memuat naik ke akaun Instagram atau TikTok mereka akan berpeluang memenangi hadiah seperti telefon dan fon telinga 5G.

U Mobile – Kaamatan 2024 KV #2
Pengunjung festival akan dihantar ke Cara U Sabah: Kaamatan, di mana lebih banyak aktiviti menarik menanti.
U Mobile – Kaamatan 2024 KV #1
Pengunjung juga peluang untuk bertemu personaliti ERA Sabah, ratu cantik dan pencipta kandungan.

Cara U Sabah: Kaamatan adalah susulan daripada pelancaran kedai pertama U Mobile baru-baru ini di Malaysia Timur, yang terletak di Pusat Beli-belah Imago, Kota Kinabalu, dan Festival Cara U Sabah yang berjaya.

Festival tiga hari itu mempamerkan kekayaan budaya dan bakat Sabah. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan U Mobile untuk meluaskan kehadiran jenama dan rangkaian di rantau ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • U Mobile Buka Kedai Pertamanya Di Sabah
  • Tiada Lagi Pascabayar U Mobile Giler Unlimited GX50, Pelanggan Sedia Ada Dinaik Taraf Kepada 'Giler Unlimited GX55'

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY