Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Tiada Lagi Pascabayar U Mobile Giler Unlimited GX50, Pelanggan Sedia Ada Dinaik Taraf Kepada ‘Giler Unlimited GX55’

Diterbitkan Mei 18, 2024 · Dikemas kini Mei 18, 2024 oleh ariff bukhari

U Mobile mengumumkan penamatan pelan pascabayar Giler Unlimited GX50 dengan menaik taraf pelanggan sedia ada mereka yang melanggan pelan itu kepada pelan pascabayar baharu yang dikenali sebagai ‘Giler Unlimited GX55‘.

Perkara itu dimaklumkan U Mobile menerusi mesej SMS yang dihantar terus kepada telefon pintar para pelangganya.

Naik taraf itu dibuat secara automatik mulai 17 Mei 2024 tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada pelanggannya.

U Mobile berkata, semua pengguna setia Giler Unlimited GX50 akan menikmati Giler Unlimited GX55 yang dinaik taraf pada harga promosi RM50/bulan sehingga 20 Jun 2024.

Kelebihan pelan Giler Unlimited GX55 ini adalah ia menawarkan Data 5G & 4G tanpa had dan berkelajuan tinggi, Panggilan Tanpa Had serta hotspot 5GB untuk perkongsian data.

Walaubagaimanapun, mulai 21 Jun 2024, harga Giler Unlimited GX55 akan ditetapkan pada RM55/bulan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Giler Unlimited GX55 ini, layari laman Soalan Lazim di laman rasmi https://www.u.com.my.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: U Mobile,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY