Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Box

Pengguna TV Android Di Malaysia Terjejas Dengan Varian Baru Vo1d Botnet

Diterbitkan Mac 4, 2025 oleh ariff bukhari

Perisian hasad Botnet Vo1d memang telah lama diketahui menyerang TV Android dan kotak TV Android.

Tapi kini bot malware kawalan jauh ini muncul dengan varian baharu yang telah menjangkiti lebih 1.6 juta TV Android dan  kotak TV Android di seluruh dunia.

Menurut penyelidik keselamatan dari XLab, varian terbaru Vo1d mempunyai penyulitan yang lebih kukuh dan kemampuan penyamaran yang lebih sukar dikesan, menyukarkan usaha pakar keselamatan untuk menganalisis serta kembali mengawal peranti yang dijangkiti.

Vo1d kini digunakan untuk tujuan keuntungan, tetapi kawalan penuh ke atas peranti yang dijangkiti membolehkan penyerang melancarkan serangan siber berskala besar atau aktiviti jenayah lain.

Pengguna TV Android Di Malaysia Terjejas Dengan Varian Baru Vo1d Botnet
Walaupun aktif di seluruh dunia, kebanyakan kes jangkitan dilaporkan di Argentina, Brazil, China, Indonesia, Afrika Selatan, Thailand dan termasuklah Malaysia.

Pada tahun lepas sahaja, insiden Vo1d telah melakukan serangan DDoS bersaiz 5.6 Tbps  yang mampu melumpuhkan mana-mana laman sesawang dengan hanya menggunakan 15,000 peranti.

Malah jelas XLab lagi, jika Vo1d dijadikan sebagai alat serangan, 1.6 juta peranti yang dikawalnya boleh mengganggu sistem kritikal seperti perbankan, penjagaan kesihatan, dan penerbangan, menyebabkan huru-hara yang meluas.

Status ini menjadikannya antara ancaman botnet paling aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Windows 11 Kini Sokong JPEG XL Menerusi 'Extension' Rasmi
  • Midea Lancar Rangkaian Perkakas Rumah Pintar Baharu Di Malaysia

Sumber: XLab 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
©2026 WISER.MY