Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seiko tv watch 1

Inilah TV Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa televisyen terkecil di dunia telah dihasilkan pada tahun 1982 dahulu?

Menjadikannya lebih menarik lagi adalah tv terkecil itu hadir dalam bentuk jam tangan yang boleh dipakai di tangan.

Disebabkan itu, sesetangahnya menganggap peranti ini sebagai ibu kepada jam pintar moden ketika ini.

Seiko TV Watch T001

TV terkecil di dunia itu dikenali sebagai Seiko TV Watch. Tapi walaupun dipasarkan di bawah jenama Seiko, syarikat jam tangan Jepun yang terkenal, Seiko TV Watch sebenarnya dihasilkan oleh syarikat Epson.

Ini tidak menghairankan kerana Epson Corporation dan Suwa Seikosha Co., Ltd. telah bergabung menjadi satu syarikat yang membentuk Seiko Epson Corporation pada tahun 1985 sehinggalah sekarang.

Seiko tv watch 2

Seiko TV Watch adalah jam tangan dengan tv terbina (menyokong siaran tv VHF dan UHF serta radio FM) yang telah dilancarkan pada 23 Disember 1982 di Jepun.

Ciri paling utama peranti ini adalah pada paparan. Seiko TV Watch menggunakan panel kristal cecair matriks aktif  (LCD) yang pada asalnya dibangunkan untuk jam tangan, tetapi panel ini telah diubah suai untuk memaparkan imej bergerak.

Seiko tv watch
Seiko TV Watch menggunakan skrin hitam dan putih LCD berukuran 1 1/4 inci lebar, lengkap dengan unit penerima dan fon kepala yang hanya seberat 320g. Ia dijual pada harga

Teknologi semikonduktor yang digunakan untuk menghasilkan CMOS LSI oleh Epson telah digabungkan dengan teknologi kristal cecair yang sedang dibangunkan untuk mencipta semua pemacu dan litar kawalan dalam silikon.

Paparan ini mempunyai banyak ciri yang luar biasa. Ia bukan sahaja sangat padat, tetapi juga beroperasi pada kuasa rendah sambil menawarkan resolusi tinggi dan penglihatan yang baik walau cahaya terang.

Seiko tv watch
Ilustrasi yang dipetik dari buku manual Seiko TV Watch memaparkan cara yang betul memakainya di mana pengguna dicadangkan sembunyikan kabel penyambung peranti dipakai di bawah baju lengan panjang.

Pengguna boleh menonton tv dari TV Watch ini secara berterusan sehingga lima jam yang dikuasakan 2 bateri alkali bersaiz AA.

Sejak dilancarkan, Seiko TV Watch telah berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Nikkei untuk Produk & Perkhidmatan Unggul pada tahun tersebut.

Malah jam tangan dengan tv ini juga diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness pada 1984 sebagai televisyen terkecil di dunia.

Rekaan futuristik dan inovatif TV Watch ini juga pernah ditampilkan dalam filem James Bond “Octopussy” (1983).

Seiko TV Watch juga pernah tampil dalam rancangan Pawn Stars di mana pemiliknya berharap peranti tersebut dapat digadai pada harga sehingga USD1,000.

Seiko tv watch 1
Kredit: Pawn Stars: Seiko TV Watch | History

Tapi malangnya, dia hanya berjaya mendapatkan sebanyak USD175 sahaja. Salah satu faktor yang menyebabkan harga Seiko TV Watch tidak seperti yang diharapkan adalah kerana ia sudah tidak boleh menayang siaran tv lagi di peranti tersebut.

Ia bukanlah kerana skrin jam tv itu rosak, tapi ia adalah kerana peranti tesebut hanya menyokong siaran tv analog sahaja, bukan siaran tv digital yang diguna pakai ketika ini.

Rekaan invovatif Seiko TV Watch sememangnya diakui mendahului zaman yang menjadikan ia sebagai salah satu produk unik dan ikonik yang pernah dihasilkan.

Mungkin bermula dari situlah dengan memanfaatkan perkembangan teknologi yang pesat telah membawa kepada pembangunan peranti boleh dipakai seperti jam pintar moden yang ada sekarang.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Pengguna TV Android Di Malaysia Terjejas Dengan Varian Baru Vo1d Botnet
  • iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB - Harga Bermula RM1,599

Sumber: Epson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY