Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertama Di Malaysia: Game, Drama & Ganjaran Kini Dalam Aplikasi Tune Talk

Pertama Di Malaysia: Game, Drama & Ganjaran Kini Dalam Aplikasi Tune Talk

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh ariff bukhari

Tune Talk hari ini telah melancarkan ciri penstriman drama dan permainan video secara langsung dalam aplikasinya, sekali gus menjadi satu inovasi pertama di Malaysia dalam industri telekomunikasi.

Boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Tune Talk, bahagian Drama menampilkan pelbagai kandungan penstriman yang disusun khas untuk pengguna.

Manakala ciri Permainan Video pula menawarkan pelbagai pilihan permainan kasual yang boleh dimainkan serta-merta tanpa perlu dimuat turun.

Hab hiburan ini yang diintegrasikan sepenuhnya ke dalam aplikasi Tune Talk ini sekali gus membolehkan pengguna menonton drama, bermain permainan video, dan mengumpul ganjaran semuanya dalam satu aplikasi, tanpa memerlukan daftar masuk atau muat turun tambahan.

Tune Talk dalam satu kenyataan berkata, pelancaran ini menandakan transformasi besar dalam landskap telekomunikasi Malaysia yang bernilai RM42 bilion, meletakkan Tune Talk sebagai peneraju dalam menggabungkan hiburan digital dan perkhidmatan telco.

Dengan kerjasama strategik bersama Jolibox, pengguna akan dapat menikmati kandungan berkualiti tinggi dan permainan interaktif sambil mengumpul Mata Tune Talk untuk ganjaran eksklusif.

Bagi meraikan pelancaran ini, Tune Talk menawarkan akses percuma selama sebulan, eksklusif untuk semua pelanggannya bermula dari tarikh pelancaran.

Selepas tempoh promosi ini, akses kandungan Drama tersedia untuk pelanggan Epik 50+, manakala akses kepada kandungan Permainan Video boleh didapati untuk semua pelanggan Epik 50+ dan Epik 35+.

Ketahui lebih lanjut tentang perkara ini dengan layari www.tunetalk.com/.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • 5G Di Luar Laju, Tapi Perlahan Dalam Bangunan, Ini Sebabnya
  • Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Skrin 144Hz, RAM 12GB, Harga Bermula RM1,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY