Ericsson melaporkan, menjelang tahun 2027 nanti, dua pertiga daripada kemudahan pengeluaran di dunia akan menggunakan teknologi berasaskan 5G termasuk realiti lanjutan, AI, kembar digital, mesin kawalan jauh dan kenderaan pandu automatik.
Lebih banyak spektrum jalur tengah dalam rangkaian 5G sememangnya memberikan capaian yang luas dan pantas dan ia amat dnikmati pengguna khususnya di luar bangunan.
Jalur tengah adalah ideal untuk penyebaran MIMO (Multiple Input, Multiple Output) besar, yang dapat membantu memperluas liputan 5G di luar kawasan bandar dan pinggir bandar ke komuniti luar bandar.
Tetapi, prestasi rangkaian 5G apabila disambungkan di dalam bangunan pada peranti, capaian yang pantas itu didapati akan turun dengan mendadak.
Menjawab isu ini, Ookla menjelaskan, walaupun 80% penggunaan data mudah alih berlaku di dalam bangunan seperti rumah, pejabat dan kedai, tapi kebanyakan rangkaian mudah alih masih direka secara “luar ke dalam”yang bergantung kepada isyarat dari luar untuk menembusi ke dalam bangunan.
Pendekatan ini didapati tidak lagi mencukupi untuk memenuhi permintaan data yang semakin meningkat.
Menurut Ookla, terdapat faktor-faktor utama yang menyumbang kepada masalah prestasi rangkaian 5G di dalam bangunan yang menyukarkan isyarat dari menara luar untuk menembusi bangunan.
Spektrum Jalur Pertengahan 5G
- Frekuensi lebih tinggi yang digunakan dalam 5G (seperti 3.5 GHz) sukar menembusi dinding bangunan berbanding frekuensi rendah yang digunakan dalam rangkaian 2G/3G/4G terdahulu.
Bahan Binaan Moden
- Penggunaan bahan seperti kaca Low-E (Emisiviti, kemampuan memancar dan memindah haba) yang cekap tenaga semakin banyak digunakan di dalam bangunan. Tetapi kesannya kepada 5G adalah ia sangat berkesan menghalang isyarat radio, menjadikan bangunan seperti “sangkar Faraday”.

Penamatan Rangkaian Lama
- Penutupan rangkaian 2G dan 3G tanpa pelaburan mencukupi dalam naik taraf peralatan dan spektrum telah menyebabkan liputan dalam bangunan merosot, terutamanya jika spektrum 3G yang telah ditamatkan itu belum digantikan sepenuhnya dengan 4G atau 5G.
Dasar Awam Yang Fokus Pada Liputan Luar
- Kebanyakan dasar kerajaan ketika ini menekankan liputan luar, menyebabkan kurang perhatian terhadap liputan dalam bangunan. Walaupun begitu, beberapa negara seperti Ireland dan Jerman telah mewajibkan liputan minimum di bangunan penting melalui syarat lesen spektrum.
Jadi, bagi menangani isu rangkaian di dalam bangunan ini, Ookla mencadangkan penyelesaian berikut:
Model Neutral Host
Model neutral host adalah di mana sebuah syarikat yang memiliki peralatan rangkaian telekom dalam ruang tertutup dan membenarkan satu atau lebih penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) menggunakan infrastruktur tersebut untuk servis kepada pelanggan mereka.
Pendekatan ini membolehkan akses pelbagai operator melalui pemasangan kecil dalam bangunan (contohnya, Ericsson Radio Dot) untuk perkongsian kos dan liputan lebih baik.
Model ini sangat sesuai digunakan dalam kapasiti pengguna yang padat seperti stadium, lapangan terbang, kospital, pejabat, kilang pintar dan lokasi sesebuah acara.
Sumber: Ericsson
Dasar Progresif dan Insentif Baru
Ookla menegaskan bahawa perlunya ada dasar kawal selia yang mengukur liputan dalam bangunan dan memberi insentif kepada pembangunan prasarana yang menyokong pemasangan peralatan radio dalam bangunan.
Apa yang dapat disimpulkan adalah Kerajaan dan pengawal selia di seluruh dunia perlu sama memfokuskan matlamat rangakain 5G di dalam bangunan seperti mencapai sasaran liputan di luar.
Ketersambungan dalam bangunan memerlukan pendekatan baharu dari segi reka bentuk rangkaian, dasar pembinaan, dan polisi kerajaan.
Walaupun usaha untuk mendapatkan prestasi mudah alih dalam bangunan yang tinggi secara konsisten tidak mudah, tapi dengan kerjasama antara penyedia rangkaian, pemaju bangunan, dan pembuat dasar, kualiti rangkaian mudah alih dalam bangunan akan dapat dipertingkat dari masa ke semasa.
{suggest}
Sumber: Ookla®